May 21st, 2015

Mengakui sudah mempunyai seseorang yang istimewa, Erra Fazira bagaimanapun sehingga hari ini enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu dan membuatkan beberapa pihak khusus peminat beliau terus tertanya-tanya. Buat Erra beliau sebenarnya mempunyai alasan tertentu untuk tidak terlalu membicarakan soal percintaan kepada umum.

Memegang status sebagai seorang janda dan ibu tunggal membuatkan Erra merasa tidak manis untuk mencanang kisah cinta beliau selain khuatir ada pihak yang memanipulasikan kenyataan beliau mengenai perkara tersebut.

Tidak molek rasanya dengan status dan usia saya sekarang untuk mencanang soal percintaan tambahan pula saya pihak wanita.Saya juga bimbang sekiranya keluar pelbagai kenyataan ia akan memakan diri sendiri sekiranya ada apa-apa berlaku nanti.

Keputusan Erra untuk mendedahkan beliau sedang bercinta adalah kerana ingin menutup gosip serta khabar angin yang mengaitkan dirinya bersama beberapa lelaki dan golongan VVIP.

Sebelum ini saya sering dikaitkan dengan pelbagai individu dan ia menimbulkan banyak salah faham walaupun ia tidak benar.Penjelasan mengenai dengan siapa saya sedang berkawan sebenarnya dapat menghentikan segala spekulasi.

Erra Fazira pernah mendirikan rumah tangga bersama salah seorang anggota kumpulan popular KRU iaitu Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 sebelum bercerai  pada tahun 2006.

Kemudian beliau bertemu jodoh dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 25 Oktoer 2007 tetapi rumah tangga yang mereka bina roboh di tengah jalan dan disahkan bercerai pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya yang kini sudah berusia 6 tahun.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...