Sharnaaz Ahmad Tak Selesa Banyak Drama Diadaptasi Daripada Novel

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Tak Selesa Banyak Drama Diadaptasi Daripada Novel

Yeah!!! Sharnaaz Ahmad ini seolah-olah dapat membaca buah fikiran Abang Nara. Memang Abang Nara pun rasa kurang setuju dan kurang selesa kebelakangan ini akibat terlalu banyak drama bersiri yang diadaptasi daripada novel. Tambah menyedihkan atau melawakkan, kebanyakan novel-novel yang diadaptasi itu mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama. Tajuk pun lebih kurang. Suamiku Encik Sotonglah, Dia Isteri Luar Biasa, Hati Perempuan, Teman Lelaki Upahanlah dan macam-macam lagi.

sharnaaz ahmad

Advertisement

Secara jujur Abang Nara rindukan drama-drama arahan Rashid Sibir yang menyentuh jiwa dan perasaan. Fuh!!! Bila tengok memang confirm air mata jatuh. Jalan cerita pun puas hati. Tak adalah kisah kahwin paksa, suami dayus dan isteri kurang ajar. Bak kata Sharnaaz, penulis skrip kat Malaysia nie ramai hebat-hebat tapi sebab adaptasi novel ini, semua tak boleh cari makan. Kata Sharnaaz:-

Negara kita banyak penulis skrip drama yang baik. Kalau asyik angkat novel sahaja, bagaimana nasib mereka? Bukan tak boleh novel dijadikan drama bersiri sebaliknya biarlah balance. Saya pun tidak menolak selama-lamanya berlakon drama daripada novel.

Drama slot Akasia TV3 yang saya akan terlibat nanti tidak diangkat daripada novel. Saya akan berlakon di bawah arahan Raja Ahmad Alauddin dengan Global Station. Judulnya belum tahu

sharnaaz ahmad

Walaupun adaptasi drama daripada novel ini dilakukan kerana ada permintaan daripada para peminat, tapi janganlah over sangat. Rasanya slot Akasia TV3 tue dah dekat berbelas drama asyik-asyik dari novel je. Memang ada peminat setia tetapi sekali sekala cubalah ubah angin. Bagi satu drama yang jalan ceritanya menarik sikit. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber ManggaOnline.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...