Written by AbangNara | June 26th, 2014

Akhirnya tuan punya badan telah tampil untuk memberi penjelasan sekaligus menghilangkan segala persoalan yang bermain di minda orang ramai. Turut sama terhapus ialah pandangan orang ramai terhadap Fasha Sandha yang seringkali dituduh menjadi punca penceraian Jejai dan Nora Danish. Ini adalah penjelasan panjang lebar, jelas dan padat daripada Jejai sendiri. Abang Nara suka membacanya. Semua persoalan terjawab terus.
jejai fashaKalau selama ini Jejai mengambil langkah berdiam diri dan tidak mengulas mengenai perkahwinannya terdulu, langkahnya untuk memberi penjelasan kali ini wajar dipuji. Selama ini bertahun-tahun Fasha Sandha menangung tuduhan, namun setiap orang ada hadnya. Apa yang ditulis oleh para peminat yang menuduh Fasha adalah melampau dan memang patut diperbetulkan. Semoga dengan penerangan Jejai ini, tuduhan-tuduhan sebegini dapat ditamatkan. Kesian Fasha kena tuduh yang bukan-bukan selama ini.

jejai penerangan

P.S: Nak buat logo untuk bisnes/persatuan/entiti anda? LIKE page DesaKreativ untuk design professional dengan harga terendah dipasaran!

Susulan penerangan Jejai ini, beberapa komen menarik daripada peminat telah pun dikongsikan. Abang Nara kongsikan beberapa komen untuk tatapan anda. Nampaknya penerangan Jejai ini sedikit sebanyak telah membuka mata orang ramai. Diharap stigma masyarakat terhadap Fasha akan berubah sepenuhnya selepas ini.

jejai penerangan

Tahniah diucapkan kepada Jejai kerana dengan macho dan gentlemannya tampil ke hadapan membuat penerangan sebegini. Lepas ini sudah-sudahlah dikaitkan nama Fasha dengan perkahwinan terdahulu Jejai. Marilah kita sama-sama doakan agar mereka terus bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang ramai

Written by AbangNara | June 26th, 2014

Rasanya dah agak lama tak sembang pasal produk kecantikan dan kesihatan kat sini. Maklumlah, sejak akhir-akhir ni banyak sangat isu produk-produk kecantikan dan kesihatan di pasaran yang tidak berdaftar secara sah dengan JAKIM dan juga KKM. Namun sebagai wanita, tetap jugalah melayari internet untuk mencari produk-produk yang bagus.Mawar Putih teruja untuk berkongsi  satu laman produk kecantikan dan kesihatan yang sangat menarik iaitu di http://azaleadenaturale.com/mall/index.php. Syarikat pengeluar produk adalah 100% milik usahawan tempatan yang menghasilkan dan mengedar produk kecantikan dan kesihatan yang berasaskan herba.

Mawar Putih  dapat lihat ada macam-macam produk yang dihasilkan. Errm…kena pandai-pandai pilihlah nampaknya, tapi pastikan bersesuaian dengan matlamat anda. Jom kita tengok produk-produk yang ditawarkan.

  • GlutaCell – memberi penekanan kepada kecantikan, pencerahan kulit dan anti-penuaan.

    azalea-gluta

  • De Contour – produk diet yang mengenyangkan dan menurunkan berat badan.
  • Power Herbs – Membantu menambah tenaga wanita, merawat luka dalaman selepas bersalin juga membantu melansingkan badan.
  • Deniz Café – membantu meningkatkan kesihatan dalaman lelaki, mengurangkan masalah pembuangan air kecil (lelaki), mengurangkan gout dan kolesterol di samping memberi tenaga untuk lelaki dan wanita yang bekerja lebihan masa.

  • Premium Slimming Coffee – membantu mengurangkan berat badan bagi lelaki dan wanita dengan cara mengurangkan penyerapan lemak oleh badan.

Macam menarik jer. Macam menarik jer. Nak menyakinkan diri, Mawar Putih pun layarilah testimoni dari pengguna. Menyakinkan dan ramai pengguna berpuas hati nampaknya.Apa yang membuatkan Mawar Putih rasa lebih selamat ialah produk-produk ini telah dijamin kualitinya dengan cara penghasilan dan ujikaji yang berasaskan ramuan HALAL. Untuk mengesahkannya, produk ini telah lulus dan sah berdaftar dibawah JAKIM dan KKM. Apa yang nak ditunggu-tunggu lagi, jomlah beli produk-produk berkualiti ini. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan nilai hebat yang anda akan perolehi. Untuk mendapat lebih diskaun anda cuma perlu layari http://azaleadenaturale.com/mall/index.php dan membuat pembelian secara atas talian. Selain menyokong produk buatan Malaysia, yang penting ianya diyakini SELAMAT, SUCI dan HALAL. Mawar Putih dah order satu, anda  ?

Written by AbangNara | June 25th, 2014

Kesian Abang Nara kepada Fasha Sandha yang terpaksa melayan karenah dan komen-komen peminatnya walaupun sedang sarat mengandung. Kalau Abang Nara jadi Fasha, memang buat tahu je. Lantak dioranglah nak komen apa pun. Namun itu mungkin Abang Nara seorang lelaki yang berhati kering. Perempuan ini lain sikit. Jiwa mudah tersentuh. Tak gitu?

fasha sandha

Mungkin tertekan dengan komen peminatnya yang tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik penceraian Jejai dan Nora Danish, Fasha hari ini tampil memberi penjelasan. Mungkin kerana komen peminat tersebut adalah tidak tepat dan boleh menjatuhkan maruah suaminya dan Nora Danish.

fasha dan jejai

Kadang-kadang peminat ini lebih tahu segalanya berbanding dengan artis yang benar-benar mengalami kejadian tersebut. Kesian Fasha tak pasal-pasal kena buat penerangan. Diharap dengan penerangan ini, peminat tersebut berpuas hati. Tak ada nak membuat cerita lagi. Kepada Fasha, tenangkan fikiran dan kalau boleh jangan layan mereka ini. Kesian kat diri anda dan bayi dalam kandungan tertekan tak pasal-pasal.

P.S: Nak buat logo untuk bisnes/persatuan/entiti anda? LIKE page DesaKreativ untuk design professional dengan harga terendah dipasaran!

Design terbaik dan professional , harga terendah di pasaran.

P.S: Passport Malaysia antara yang terbaik dunia

 

Written by AbangNara | June 25th, 2014

Wow. Ini satu perkara yang agak menarik untuk dibincangkan. Tindakan Zizan Razak yang membekukan akaun syarikatnya (Wirefame Entertainment), dipercayai kerana perselisihan faham bersama rakan kongsinya telah menyebabkan artis-artis di bawah syarikat tersebut tidak mendapat bayaran/pendapatan daripada hasil kerja mereka. Antara artis yang mendapat impak daripada tindakan Zizan ini ialah Johan As’ari dan Kaka.
zizan dan kakaZizan dikatakan telah berbuat demikian sebelum terbang ke Jepun untuk menjalani penggambaran sebuah program travelog baru-baru ini. Kesian Abang Nara mendengar luahan hati Johan As’ari dan Kaka. Iyerlah, kerja penat-penat tup-tup duit tak dapat sebab akaun dibekukan. Kerana tindakan Zizan ini, Johan As’ari tidak dapat membayar bil hospital ibunya. Kedua-dua artis ini bercadang untuk membuat laporan polis mengenai hal ini dalam masa terdekat. Luah Kaka:-

Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri.

zizanUntuk makluman, apabila pembekuan akaun syarikat dilakukan, bayaran gaji pekerja dan pendapatan untuk artis sukar diagihkan. Dikatakan Zizan mengambil keputusan ini tanpa persetujuan rakan kongsinya, Marina Juki. Umum mengetahui yang Zizan sudah keluar daripada syarikatnya sendiri dan kini bernaung di bawah Astro. Apa pendapat anda? Adakah tindakan Zizan ini wajar atau tidak profesional? Info asal Harian Metro.

Page 5 of 32« First...34567...102030...Last »