Festival Ramadhan Kuala Lumpur Di Dataran Merdeka Sepanjang Ramadhan

Trending

Festival Ramadhan Kuala Lumpur Di Dataran Merdeka Sepanjang Ramadhan

Advertisement

Lebih 25,000 masyarakat tempatan bersama pelancong asing dijangka hadir memeriahkan Program “Jom Buka Puasa” sempena Festival Ramadhan Kuala Lumpur 2014.

Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, JKKN yakin program itu mampu menarik penyertaan yang tinggi berdasarkan pencapaian pada festival sama tahun lepas.

Ketua Pengarah JKKN Datuk Norliza Rofli berkata sejak program itu diperkenalkan pada 2012, jumlah penyertaan orang ramai serta pelancong sentiasa meningkat.

Program Jom Berbuka Puasa ini diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan di Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, Festival Ramadan kali ini mengekalkan tema ‘Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima’ bagi menggalakkan amalan bersedekah sempena bulan mulia ini.

Selain ‘Jom Buka Puasa’ JKKN turut menganjurkan Tadarus Al-Quran di 10 buah masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kem Remaja Ramadan turut diadakan di Masjid Negara melibatkan 100 remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun dengan pengisian seperti qiamullail, kuliah agama dan ceramah motivasi.

Semua aktiviti ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL.

JKKN turut bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat, Mara bagi menganjurkan Pertandingan Nasyid dan Marhaban, Peragaan Hijab dan Bazar Ramadan-Raya di Busana@Menara MARA.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...