Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadhan Ini

Esok, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Pastinya ramai yang akan menggunakan bulan Ramadhan ini untuk menggandakan lagi amalan ibadah terutamanya solat terawih di malam hari. Selamat berpuasa Abang Nara ucapkan. Jangan makan banyak sangat masa berbuka sampai terlepas sembahyang terawih. Hehehe.
felixia yeapDan kehadiran 5 Ramadhan ini pastinya ditunggu-tunggu oleh Felixia Yeap kerana pada hari tersebut, model ini akan memeluk agama Islam seperti yang pernah diumumkan sebelum ini. Berkata kepada Malaysian Insider, Felixia memilih hari tersebut kerana ia jatuh pada hari jadinya dan juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad. Kata Felixia:-

?Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya.

Advertisement

Bezanya (sebelum selepas bertudung) adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam.

felixia yeap peluk islamNamun begitu Felixia Yeap merahsiakan tempat dirinya bakal mengucap syahadah. Nama Islamnya juga akan diumumkan kemudia. Apa pun, semoga perancangan Felixia berjalan lancar. Sama-samalah kita ucapkan selamat datang kepada saudara baru kita ini. Semoga hidup Felixia akan lebih diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki selepas ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top