Written by AbangNara | September 20th, 2012

Hari ini merupakan episod terakhir drama Kau Yang Terindah. Drama hebat lakonan Nazim Othman dan Neelofa ini sememangnya menjadi ikutan ramai. Namun episod akhir drama ini telah menimbulkan persoalan apabila ada babak berpegangan tangan dan tidur sebilik yang berlaku di Tanah Suci Mekah.

drama kau yang terindah

Ramai penonton yang melahirkan rasa kurang senang kerana pelakon yang tiada hubungan apa-apa melakukan perkara tersebut di Mekah. Namun Erma Fatima selaku pengarah drama Kau Yang Terindah segera menafikan penggambaran babak tersebut berlaku di sana. Menurut Erma, kesemua adegan tersebut di rakam sepenuhnya di Kuala Lumpur.

drama kau yang terindah

Semoga dengan penjelasan daripada Erma ini tiada lagi kontroversi yang akan ditimbulkan. Mungkin untuk drama seterusnya, Erma dapat terus menghilangkan adegan-adegan yang melanggar batas agama.

P.S: Anda pengguna android dan iPhone? Klik di sini untuk download apps Nuffnangx BeautifulNara untuk memudahkan anda mengikuti update terkini laman web ini.

Written by AbangNara | September 20th, 2012

Lama rasanya tidak mendengar khabar terbaru mengenai Leez AF ini. Setelah digantung tidak bertali oleh bekas kekasihnya, Zizan Raja Lawak, Leez seolah-olah merajuk dengan dunia hiburan. Boleh dikatakan memang jarang sangat berita tentang dirinya terpampang di mana-mana media.
leez af

Terima kasih kepada rakan media kami iaitu BuahMulut yang sudi berkongsi gambar-gambar terbaru Leez AF untuk tatapan anda semua. Penyepian Leez tidak sia-sia kerana dia muncul dengan imej yang lebih cun, cute dan comel. Pasti ramai jejaka-jejaka di luar sana yang terpikat dengan kecantikan Leez.

leez af

Lagi 10 keping gambar terbaru Leez AF dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Cukup ke gaji RM1,500 untuk hidup di Malaysia?

 
Written by AbangNara | September 20th, 2012

Salah satu cita-cita Abang Nara ialah ingin menghiasi muka depan mana-mana majalah. Bukan apa, jeles jugak melihat wajah-wajah selebriti tempatan dihias dengan konsep tertentu dan kelihatan sangat menawan. Yang terbaru, majalah Lisa menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai cover untuk keluaran terbarunya.

siti lisa

Dato’ Siti yang sememangnya sudah cantik bertambah cantik dibuatnya. Abang Nara suka dengan teknik make up yang digunakan. Menyerlahkan lagi keremajaan wajah Dato’ Siti. Kalau anda nak tahu apa yang dikongsikan oleh Dato’ Siti kali ini, kenalah beli majalah Lisa di kedai buku berhampiran anda.
edz

P.S: Memakai maxi dress merupakan salah satu cara menampakkan seseorang wanita lebih tinggi dan cantik. Shopping maxi dress di EDZ hari ini, pelbagai design dan potongan yang sesuai untuk hijabista. Penghantaran poslaju percuma ke seluruh Malaysia. More info sila ke laman web EDZ.

Written by AbangNara | September 20th, 2012

Wah rupa-rupanya kehamilan Ning Baizura sudah pun mencecah 5 bulan. Abang Nara ingatkan baru 2,3 bulan. Pandai betul Ning menyimpan berita gembira ini. Ini pastinya sangat mengujakan mereka berdua kerana Ning pernah disahkan oleh doktor tidak boleh mengandung.

ning baizura hamil

Namun rezeki daripadaNya tiada siapa yang dapat menjangkakan. Hasil usaha Ning memakan tauhu, kurma, susu kambing, sayur, buah-buahan dan oat, kini Ning nampak tak sabar untuk mendakap cahaya mata pertamanya itu. Kata Ning:-

Alhamdulillah kerana termakbul juga doa kami untuk mendapat anak kerana sebelum ini saya hampir-hampir diberitahu doktor bahawa saya tidak boleh mengandung. Saya dan suami amat gembira menanti kehadiran cahayamata sulung kami ini. Tidak kisahlah jantina apa pun anak kami nanti. Tapi, saya suka kalau dapat anak perempuan. Kalau suami pula, dia nakkan anak lelaki

ning
Semoga segala urusan kehamilan dan kelahiran anak Ning akan dipermudahkan. Banyak-banyakkan berdoa. Jangan buat kerja berat sangat. Semoga segalanya akan berjalan lancar. Amin ~~ Lagi beberapa keping gambar Ning Baizura di sekitar majlis pengumuman kehamilannya dengan membaca entri ini sepenuhnya. Info asal portal Murai.

P.S: Seni vandalisme yang sangat cool.

 
Page 10 of 27« First...89101112...20...Last »