September 24th, 2012

Berita mengenai perpisahan Yuna dan Qi lebih memenuhi dada-dada akhbar berbanding dengan konsert yang bakal diadakan oleh Yuna sempena kepulangannya dari USA. Menamakan konsert ini sebagai “Yuna Homecoming Concert”, Kuching dan Pulau Pinang telah dipilih sebagai venue konsert ini akan berlangsung.

yuna homecoming

Tiket yang dijual agak murah dan berpatutan dengan jumlah lagu yang bakal dinyanyikan oleh Yuna. Kesempatan ini seharusnya tidak dilepaskan oleh peminat-peminat Yuna di Pulau Pinang dan Kuching untuk mendengar sendiri kelunakan suaranya. Abang Nara pasti anda akan terbuai-buai keasyikan mendengar nyanyian Yuna di konsert ini kelak.

konsert yuna

10 lagi gambar Yuna di sekitar sidang media Yuna Homecoming Concert dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada BlissCandid Photography. Untuk info lanjut tentang konsert ini, sila layari Facebook Yuna Homecoming2012.

yuna

yuna

yuna

yuna
yuna
yuna
yuna
yuna
yuna
yuna


133 responses to “(12 GAMBAR)Yuna Di Sidang Media Yuna Homecoming Concert”

  1. cute sgt la budak tu, x caya tengok says:

    Setiap penyanyi (antarabangsa) akan balik dan buat konsert di tempat mereka bermula. Itu adalah biasa. Dan biasanya sambutan hangat penduduk tempatan akan diberikan kepada penyanyi yang berjaya menaikkan nama tempat mereka sebagai tanda penghargaan, dan sambutan meriah diberikan oleh penduduk dan juga pembesar. Cuba lihat semua pertandingan etc cth, AF, Malaysian Idol, American Idol , Raja Lawak semua akan mempunyai segment pulang ke kampung untuk menghargai peserta ttg tempat asal mereka bermula dan juga penyanyi seperti Celine Deon, Beyonce, Justin Beiber cthnya sangat teruja bila konsert mereka diadakan di tempat kelahiran mereka. Ia sebenarnya menunjukkan perasaan kecintaan pada tempat sendiri.
    Cubalah bersifat menghargai ttg kejayaan Yuna. Dia cuma perlukan sedikit sokongan kita sebagai penduduk Malaysia sebagai pemangkin semangat mengharung suka duka melakar nama Malaysia di peringkat Antarabangsa. Dia perlukan kita sebagai pembakar semangat dan juga untuk dirinya berpijak di bumi nyata (sebagai wanita muslim dan gadis melayu).
    Jika Yuna berjaya dan org luar mula mengiktiraf bakat Malaysia, ia akan membuka ruang mudah untuk artis lain menembusi peringkat antarabangsa. Cuba lihat semenjak Bruce Lee dan Jackie Chan menembusi arena antarabangsa, Amerika dan dunia mula mengiktiraf bakat bangsa Cina dalam seni hiburan mereka.

    Dan percayalah Ia bukan sesuatu yang mudah.

  2. Princess H says:

    Melayu kutuk Melayu , bagos sgt kan!
    Mintak a.nara buat la komen y kne tapis dlu . kalau la da mcm ni komennya, memang xkemana kita ni orang MELAYU.

  3. Oppa..oppaanghangg says:

    ramai gile xsuke yuna! but still better than najwa latip kosong kosong tu! pfft

Loading...