September 24th, 2012

Sedih sungguh Abang Nara membaca luahan hati Othman Hafsham ini. Menurut Othman, selama ini Media Prima dan Astro membayar hasil karya penggiat seni dengan harga yang murah dan mendukacitakan. Namun oleh kerana tiada pilihan lain, nak tak nak mereka terpaksa juga menjual produk yang dihasilkan kepada stesen-stesen ini.

othman hafsham

Inilah yang terjadi bila monopoli terjadi. Sedikit luahan hati Othman Hafsham yang diterbitkan menerusi Pancaindera semalam untuk tatapan anda:-

Media Prima misalnya telah memonopoli empat buah stesen televisyen di bawahnya. Bayaran yang diberikan kepada hasil seni kita teramat mendukacitakan tetapi penggiat seni tiada pilihan untuk menjual hasil produk mereka. Bayangkan Media Prima sahaja ada empat stesen televisyen dan semua menetapkan harga yang sama dan murah. Macam mana kami semua nak hidup.Bukan sekadar bayaran yang terlalu murah, bahkan ada bayaran sampai sekarang tidak dibayar penuh. Mereka (stesen televisyen) sepatutnya memikirkan tentang perasaan kami dan jangan hanya mengaut keuntungan semata-mata. ?Terus terang saya cakapkan, kami semua memerlukan duit untuk pusing balik modal kami. Kami bekerja untuk duit bukan syok sendiri.?Saya harap jumlah bayaran perlulah diubah mengikut peredaran zaman sekarang. Bayaran untuk satu skrip atau drama yang sudah siap tidak berubah sejak berzaman lamanya

Namun menurut Othman Hafsham, hanya stesen RTM sahaja yang membayar pihak industri seni dengan harga yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Bukan saja Media Prima, Astro pun sama. Sepatutnya mereka syarikat besar jadi bayaran juga perlulah besar, saya bukan menuntut untuk diberi bayaran yang cukup tinggi tetapi biarlah memadai dengan penat lelah kami menyiapkan naskah tersebut.

Kesian kan? Mungkin sebab itu kita selaku penonton-penonton sering disajikan dengan drama-drama yang kurang bermutu tinggi. Bukan salah pihak produksi sepenuhnya. Kalau memang tak ada duit, macam mana nak hasilkan sesuatu yang bagus? Semoga pihak-pihak yang terlibat membuka mata dan berjuang untuk mempertahankan hak mereka.

othman

P.S: Tunggu apa lagi? Dapatkan jubah berkualiti tinggi ini dengan harga SERENDAH RM69 sahaja. Pasti anda akan kelihatan lebih sopan, anggun dan menawan. Klik di sini untuk membuat tempahan atau sebarang pertanyaan.


75 responses to “Media Prima & Astro Bayar Murah, Macam Mana Kami Nak Hidup – Othman Hafsham”

  1. Arjuna Kasih says:

    Itu sebabnya Islam haramkan monopoli dalam bisnes. media prima dah monopoli rangkainan tv swasta free, astro tv swasta berbayar… jd market dorg pegang, harga ikut suka depa la… persoalannya skrg, apa tindakan dri kementerian? sepatutnya dorg lg arif pasal kesan monopili stgh2 pihak yg menyekat rezeki org lain ni

  2. Aku yg pernah keje dgn beberapa tv stesen says:

    Akak Mama, sinetron dr Indon murah la. 52 episod utk 1 jam dalam rm70k ke rm100k, berbanding dgn telemovie atau drama tempatan, 1 telemovie (1jam setengah) jual dlm rm80k ke rm100k. manakala drama lak prodaksi tempatan jual rm15k ke 20k 1 eps utk 30 min drama. So mana lg untung? Silat2 dpt sinetron popular, rating tv leh naik… Akak x paham ye… ini ringkasan nye:-
    Sinetron = rm80,000/52 jam = rm1,539 per hour slot
    Local telemovie = rm80,000/1.5 jam = rm 53,333 per hour slot
    Local drama = rm15,000 x 2 = rm 30,000 per hour slot.
    Kesimpulannya Sinetron murah dan bnyk slot….
    Kenapa local mahal? Sbb nya:-
    1) Kos produksi kita mahal, contoh, sorang cameraman utk 7 hari shooting = rm 3,000. Sebaliknya di Indon, hge came tu utk cameraman filem, kalu sinetron dlm rm2,000 max.
    2) Bayaran artis terlalu mahal. Utk pelakon utama dlm RM7k min. Pelakon pembantu rm3k min. Pelakon utama sinetron purata rm 5k seorang.
    3) Penonton kita terlalu bergantung pada satu2 artis aje. Maka artis tu boleh demand, so hge tinggi.
    4) Pasaran kita terhad. Local produksi terlalu berharap pasaran tempatan & x tahu @ mungkin takut nk bersaing kat Indon. Kalu dpt dipasarkan ke luar negara, untung boleh bertambah.
    5) Dikatakan produksi kita x laku atau x diterima di Indon sbb semangat kenegaraan… Tak lah, sbb mutu produksi kita x setanding dgn dorg pas tu harge mahal sgt pas tu balik2 pelakon tu aje…
    6) Memang semangat kenegaraan mereka kuat sbb dorg semua satu bangsa walaupun berbilang kaum. Kita lain, yg Melayu tengok citer Melayu, Cina tengok citer Cina & India tengok citer India. Cam ner?
    7) Pelakon2 Sinetron handsom2 & cantik2. Itu adalah daya penarik penonton, x boleh dinafikan… Kita, balik2 pelakon tu… Nak hendsom sikit import dr seberang (sendiri mahu ingat…)
    8) Cerita Sinetron walaupun sama aje tp olahan cerita pelbagai. Malah watak yg dibawa pernuh penghayatan. Penuh dgn unsur suspen dan kejutan menyebabkan kita ternanti2 apa akan berlaku selepas tu. Kita nya produksi x bnyk berubah, jln cerita dh boleh agak aa yg akan berlaku pas tu…
    9) Bila harge produksi murah, maka bnyk lah program2 dpt dibuat. Bila bnyk program, hasil pun boleh bnyk. Ini baru buat satu program nk untung belipat ganda… Adoiii masalah tul kalu x paham2.
    10) Last sekali, berpandangan jauh la… Bila kita boleh bg mutu yg tinggi, lama2 org boleh terima produksi kita dan pasaran akan luas terbentang Produksi kita takut pada segala2 nye, takut rugi, takut org x suka, takut nk kuar modal, takut keluar idea baru, takut bersaing, takut gna teknologi baru, takut segala2nye….
    Sekian ada paham? x paham kita berhujah lagi, Wasalam.

    Abg Nara, kalu rasa sesuai, sy benarkan abg Nara paste kan komen sy ini dlm artikal Abg Nara, supaya ramai org paham dan tidak salah paham.

  3. RTM bayar mahal tapi nape semua nak pegi Media Prima? cuba jawab??????

  4. 1 says:

    mmg la RTM byr mahal coz dia dpt dana semua ye dr GOV, sbb dia hak milik gov,
    kalau swasta ni, nak tahan lama comfirm la kena pakai niaga.. swasta hak milik persendirian..lau lingkup bkn ye ad org nak tlg..

Loading...