Written by AbangNara | April 3rd, 2012

Malaysia sememangnya sebuah negara yang sudah tidak selamat lagi. Setiap hari kalau Abang Nara baca suratkhabar, macam-macam kes rogol, samun dan penculikan. Kadang-kadang Abang Nara sendiri takut untuk berjalan di negara sendiri. Dan yang terbaru, pelakon Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur semalam.

nadia mustafar disamun

Kesilapan Nadia ialah meletakkan beg tangannya di tempat duduk penumpang di dalam kereta Toyota Camry miliknya. Sememangnya godaan beg tangan di tempat duduk penumpang sebegitu amat tinggi untuk penyamun-penyamun yang semakin rakus di Malaysia. Akibatnya, seorang penyamun yang masih bertopi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan Nadia. Kata Nadia:-

Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya. Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi.Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja

Semoga kejadian yang menimpa Nadia ini menjadi pengajaran untuk kita. Sama-samalah kita lebih berhati-hati selepas ini. Pesan Abang Nara, jangan letak apa-apa barang di tempat duduk penumpang. Penyamun memang suka benda-benda sebegitu.

P.S: Bilik komputer yang cool

 

Written by AbangNara | April 3rd, 2012

Kalau tak kenal, Abang Nara kemungkinan besar akan beranggapan gadis yang menghiasi muka depan majalah EH! April 2012 ialah seorang gadis Eropah. Sememangnya solekan Izara Aishah kali ini menampilkan sisi elegan ala-ala barat. Tak gitu?

izara aishah

Apa yang Abang Nara suka tentang Izara Aishah ialah kepopularitiannya meningkat bukan kerana kontroversi. Dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain, boleh dikatakan Izara bebas kontroversi.Semoga Izara terus kekal sebegini dan buktikan dengan hanya bakat pun seseorang itu boleh jadi popular.

Written by AbangNara | April 3rd, 2012

Nampaknya jodoh Safee Sali dan isterinya, Sabarina Yusof berakhir pada 2 April 2012. Safee Sali telah sah bercerai dengan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Safee melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup dengan kehadiran peguam kedua-dua pihak.

safee sali bercerai

Untuk makluman, Safee Sali dan bekas isterinya dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna yang berusia setahun. Punca penceraian tidak diketahui dan keputusan untuk bercerai telah dibuat secara sukarela oleh kedua-dua belah pihak. Semoga anak-anak Safee dan Sabarina tidak diabaikan selepas penceraian ini.

Written by AbangNara | April 2nd, 2012

Nampak sungguh ceria Tiz Zaqyah di muka depan majalah Lisa keluaran April 2012. Dengan cermin mata stylo, seolah-olah Tiz Zaqyah ingin pergi bercuti panjang. Ditambah pula dengan tajuk “Berjanji Temu REMY di Eropah”, menambahkan lagi persoalan dalam diri Abang Nara.

tiz zaqyah lisa

Adakah benar-benar Tiz Zaqyah berdating dengan Remy Ishak di Eropah atau REMY yang dimaksudkan bukannya Remy Ishak? Memang pandai editor majalah Lisa membuatkan peminat Tiz Zaqyah tertanya-tanya. Kalau anda ingin tahu apa sebenarnya temujanji yang Tiz Zaqyah maksudkan, jangan lupa dapatkan majalah Lisa keluar April 2012.

P.S: Ubi yang ajaib

Page 30 of 32« First...1020...2829303132