Kalau hendak dikirakan, Wawa Zainal lebih dahulu menghiasi dunia hiburan Malaysia berbanding dengan Neelofa dan Izara Aishah. Entah di mana silapnya, nama gadis berusia 19 tahun ini masih tidak begitu popular. Itu dibuktikan apabila namanya tidak termasuk di dalam senarai Top 5 Artis Wanita Baru Popular untuk ABPBH2011.
Hendak dikatakan tiada rupa, Abang Nara rasa Wawa Zainal ada tarikannya yang tersendiri. Mungkin kekurangan kontroversi hangat menyebabkan nama Wawa lambat untuk dikenali umum. Namun Abang Nara dapat rasakan tahun 2012 ini bakal membantu Wawa untuk menyinar dengan lebih terang. Lagipun sudah banyak drama-drama lakonannya yang kini sedang ditayangkan di rangkaian televisyen.
Semoga untuk ABPBH2012 nama Wawa Zainal akan tercalon sebagai Top 5 dalam mana-mana kategori. Kepada Wawa, teruskan usaha anda untuk membina nama di dalam industri seni Malaysia. Abang Nara yakin anda boleh berjaya suatu hari nanti. Dan kalau boleh, biarlah popular kerana bakat bukannya kerana kontroversi murahan.
veloveyna novella
April 15, 2012 at 9:51 am
kak wawa memang cantik coz dia asal sabah .
laila
April 11, 2012 at 3:36 pm
8. Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz. Di manakah pengundi Aaron Aziz?
apa masalah abg nara nk pertikaikan kemenangan fizz fairuz? helllo dia pun ada pengundi sendiri la….
tanpa nama
April 9, 2012 at 1:51 pm
apala abg nara ni.. wawa ni kan ada kontroversi yang bergambar seksa gigih tayang aset dulu tu.. tp dia memang comel
no name
April 9, 2012 at 1:08 pm
cantik la dia ni.. skrg dh byk drama lakonan dia tayang kat tv3