Written by AbangNara | March 14th, 2012

Kasihan Abang Nara mendengar cerita Melia Aimiellia yang baru berusia 19 tahun ini. Muda lagi budaknya tapi kontroversi kononnya video bogel miliknya yang tersebar baru-baru ini telah menyebabkan hidupnya porak peranda. Tak dapat tawaran berlakon satu hal, kini hubungan kekeluargaan turut sama menerima tempiasnya.

melia aimiellia

Untuk anda yang tidak tahu, Melia Aimiellia merupakan pelakon utama di dalam filem Karipap-Karipap Cinta. Namun semenjak keluarnya kontroversi video bogel, hubungan dengan saudaranya telah terputus. Kata Melia kepada wartawan Mstar:-

Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri. Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat. Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian.

Aduh sedih pulak Abang Nara membacanya. Untuk makluman, pemilik blog yang terbabit dalam mengeluarkan kontroversi tersebut telah pun tampil di Harian Metro Isnin lalu dan menyatakan yang video tersebut adalah benar dan bukannya super impose. Abang Nara berharap agak Melia tabah dengan dugaan ini. Pelik jugak kalau ada konspirasi untuk menjatuhkan Melia. Bukannya popular sangat pun Melia nie untuk dijatuhkan. Tak gitu?

Written by AbangNara | March 14th, 2012

Di pagi hari yang sejuk ini, pastinya Johan Raja Lawak sedang tersenyum lebar. Mana taknya, Ogy yang suatu ketika dahulu berniat untuk menyaman Johan telah pun membatalkan niat tersebut. Menurut Ogy, dia memang marah pada Johan namun kini telah pun sejuk hati.

ogy tak samana

Bercakap kepada wartawan Mstar, Ogy berkata:-

Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini. Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia. Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut. Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda

Patutlah orang kata jangan cakap sembarangan masa tengah marah. Apa-apa pun Abang Nara tabik kepada Kak Ogy kerana membuat keputusan ini. Bukan senang nak memaafkan orang yang buat salah dengan kita. Kepada Johan, ambillah ini sebagai iktibar.

P.S: Makanan terakhir banduan sebelum dikenakan hukuman mati.

Written by AbangNara | March 13th, 2012

Seorang demi seorang selebriti tanah air kita mendirikan rumah tangganya. Walaupun tiada liputan meluas, pengarah filem Ombak Rindu dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya. Tahniah Abang Nara ucapkan.

gambar kahwin osman ali

Daripada info yang diberi, khabarnya orang rumah Osman Ali berasal daripada Sabah . Abang Nara dapatkan rasakan Osman Ali bakal menjadi suami yang romantik. Seromantik filem arahannya. Tahniah.

Update: Menurut seorang pengomen, orang rumah Osman Ali berasal daripada Bintulu, Sarawak.

Written by AbangNara | March 13th, 2012

Selepas menunjukkan bakat melukisnya, Tiz Zaqyah sekali lagi berkongsi satu bakat baru yang kurang diketahui oleh peminatnya. Menerusi video yang diupload menerusi Facebook Tiz Zaqyah, Tiz mendendangkan lagu How Do I Live kepada para peminatnya. Not bad jugak ~~


Kalau Tiz pergi ujibakat Mentor mesti lepas punya saringan pertama. Hehehe. Apa pendapat korang?

Page 20 of 33« First...10...1819202122...30...Last »