Written by AbangNara | February 29th, 2012

Rata-rata selebriti tempatan menyatakan kekesalan mereka terhadap pembatalan konsert Erykah Badu. Daphne Iking yang telah menemuramah Erykah Badu sebelum konsert berlangsung menyatakan yang dia tidak nampak sebarang tatoo pada badan Erykah. Antara reaksi selebriti tempatan menerusi Twitter apabila mengetahui tentang pembatalan ini ialah:-

1. Baki Zainal

baki zainal

2. Adibah Noor

baki zainal

3. Daphne Iking
baki zainal

4. Hunny Madu

baki zainal

Namun reaksi yang paling menarik bagi Abang Nara sudah tentu datangnya daripada Erykah Badu sendiri.

baki zainal

Sempoi jugak Erykah Badu nie. Hahaha ~~

Written by AbangNara | February 29th, 2012

Abang Nara kadang-kadang pelik juga dengan perangai wanita apabila masa bershopping. Nak beli baju sehelai pun kadang-kadang ambil masa lebih daripada 1 jam. Kalau lelaki macam Abang Nara, pilih baju tak sampai 5 minit. Daripada pembacaan Abang Nara, rupa-rupanya wanita ini ada gaya mereka yang tersendiri yang perlu difikirkan apabila membeli sesuatu.

reebonz

Dan berita baik kepada pembaca BeautifulNara terutamanya wanita yang suka bergaya, anda kini boleh mendapatkan sebuah bag Coach percuma daripada Reebonz. Caranya teramat mudah, hanya perlu masukkan info-info mudah dan nyatakan jenama kegemaran anda untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan ini.

reebonz

Mudah kan? Peluang yang sangat awesome ini hanya boleh didapati di laman web Reebonz. Tunggu apa lagi? Beg Coach sedang menanti anda sekarang ini. Sila ke laman web Reebonz sekarang jugak!!!

reebonzApakah gaya anda?

Written by AbangNara | February 28th, 2012

Ramai yang terkejut mendengar berita yang telah diumumkan sebentar tadi mengenai pembatalan konsert Erykah Badu. Pembatalan ini dilakukan kerana Erykah Badu melanggar etika sensitivi agama Islam. Ini semua adalah kerana tatoo Allah yang pernah berada di badan Erykah Badu.

tatoo erykah badu

Untuk makluman, ramai pihak yang membantah keputusan pembatalan konsert Erykah Badu ini di Twitter dan Facebook. Dan ada juga pihak yang menyokong tindakan ini. Apa pula pendapat anda?

Written by serenity | February 28th, 2012

Pelakon Azean Irdawaty , seperti laporan Mstar Online, merayu kepada orang ramai untuk mengadakan solat sunat hajat untuknya sebagai “hadiah” sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun semalam.
Photobucket
Azean berkata, keadaan kesihatannya semakin kritikal kerana penyakit Lymphedema: kesan pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.

Syukur Alhamdulillah, hari ini (27 Februari 2012) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta “hadiah” sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh.

Dalam SMS kepada Mstar, Azean memberitahu dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas. Badannya juga berasa panas. Tertekan dengan situasi yang dihadapi; dia memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat).

Beberapa rakan artis sedang berusaha untuk menguruskan solat hajat di beberapa buah masjid bagi memenuhi keinginan seniwati tersebut selain mendoakan kesakitan yang dialaminya itu berkurangan.

Kepada pembaca BeautifulNara.com yang budiman, marilah kita bersama mendoakan buat Azean dan solat hajat untuk mengurangkan kesakitannya. Semoga Kak Yan sembuh segera, amin.

Page 2 of 3112345...102030...Last »