Aokigahara: Lautan Pokok Lokasi Bunuh Diri

Trending

Aokigahara: Lautan Pokok Lokasi Bunuh Diri

Menyempadani gunung Fuji yang terkenal, ialah hutan yang gelap dan menyeramkan dipanggil Aokigahara, atau “lautan pokok”. Walaupun dari jauh ia kelihatan seperti hutan yang biasa, di dalam hutan itu pula adalah satu cerita yang berlainan.

Aokigahara ialah tempat yang sempurna untuk menjalankan penggambaran filem seram, dan telah menjadi lokasi paling popular kedua (Jambatan Pagar Emas berada di tempat pertama) untuk individu-individu membunuh diri.

Advertisement

Hutan ini sudah menjadi lokasi legenda bunuh diri sehinggakan papan tanda telah didirikan di sudut tertentu dan digerudi ke batang pokok merayu pengembara untuk memikirkan semula niat menjadikan “lautan pokok” tempat rehat terakhir. Yang lain-lain yang masuk ke dalam hutan untuk hiburan berisiko untuk terserempak mayat-mayat yang masih belum ditemui.

Photobucket
Photobucket

Reputasinya sebagai tempat berhantu datangnya dari mitologi Jepun, di mana manusia yang meninggal dunia dengan cara yang bukan semula jadi akan tinggal di atas bumi sebagai roh yang merayau.

Apabila satu-satu mayat ditemui, ia di tempatkan dia atas sebuah katil di stesen hutan berdekatan, bersebelahan dengan satu katil kosong untuk orang yang disayangi. Kisah temurun Jepun menyatakan yang roh, atau dikenali sebagai yurei akan melolong dan meraung di tengah malam jika dibiarkan sendiri.

Hutan ini disebut dalam buku Manual Bunuh Diri yang ditulis oleh Wataru Tsurumui, dan juga ialah subjek bagi filem keluaran tahun 2004, Jyukai – Lautan Pokok Di Belakang Gunung Fuji. Mayat-mayat masih ditemui di sana, biasanya tergantung dari dahan pokok dan berada dalam keadaan reput yang berbeza. Ramai yang masih menjelajah ke sana menemui sisa rangka manusia dan barangan peribadi, seperti kad kredit, dompet dan pas keretapi.

Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya (amaran: gambar grafik).


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

 Sumber.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

10 Comments

  1. salini chan

    March 15, 2012 at 1:34 pm

    woo..tol2 wujud rupanya tempat ni..
    actually mmg seram..last year ada training kt japan.then bos ajak g Fuji-san. otw tu lalu hutan then bos citer kt cni tmpt org jepun bunuh diri..igt dia melawak jew..rupa2 nya betol..huhu..

  2. Zaira

    February 29, 2012 at 1:12 pm

    Gosh…this is not sooo good! tega nya bunuh diri…seram dah rupa tempat tu..tak sangka ada jugak tempat macam neh..huh~~

  3. izz

    February 29, 2012 at 12:57 pm

    uish…takut..patutpn jepun jd negara plg tinggi kes bunuh diri sbb mmg ada tmpat khas utk bunuh diri…

  4. innanie the lawyer

    February 29, 2012 at 12:33 pm

    haisssh ngeri lah pulak
    semua orang ada masalah kan.
    tapi ada pendapat mngatakan, kes bunuh diri tinggi di Jepun sbb budaya kerja mereka yang terlalu stress dan taraf hidup yang tinggi.