Written by AbangNara | November 24th, 2010

Semalam SPM bermula dan secara tiba-tiba Abang Nara teringat zaman selepas SPM dulu, handphone pertama yang digunaka tak lain tak bukan ialah Nokia 3310. Masa tue dah habis macho dah kalau dapat beli handset nie. Semua member berebut nak main game Snake dalam handphone Abang Nara.

nokia 3310

Tahun 2008, balik dari Korea, Abang Nara terus angkut Sony Erikson. Tak lama lepas tue, atas desakan nafsu, Abang Nara berjaya membeli Blackberry Bold 2 yang dijana oleh Celcom. Sekali pakai Blackberry Bold 2, memang taknak pakai handphone lain dah. Selesa, cantik, mudah dan sangat sesuai untuk orang yang gila Internet macam Abang Nara nie.

celcom bb bold 2

Dan pagi tadi, Abang Nara baru dapat tau yang Celcom telah pun mengeluarkan Blackberry Bold 3 yang juga dikenali sebagai Blacberry Bold 9780. Ternyata Bold 3 lebih hebat dan lebih menarik dari Bold 2 yang Abang Nara miliki. Cuba ushar tengok perbezaan antara Bold 2 dan Bold 3 kat bawah nie.

celcom bb bold 3

Kelebihan yang paling jelas ialah kamera yang lebih berkualiti, OS 6.0 yang digunakan oleh Bold 3 yang memang mantap (Abang Nara dah try hari tue memang best gile OS 6.0 nie) dan juga memory card yang lebih besar. Boleh letak MP3, video dan gambar sampai lebam. Kalau kelebihan di atas tak cukup, mungkin point-point di bawah akan membuatkan anda lebih teruja untuk angkut Bold 3.

1. Bateri yang boleh tahan 6 jam untuk bercakap tanpa henti dan 38 jam untuk dengan muzik. Bateri Blackberry Bold 3 adalah yang paling tahan lama antara kesemua Blackberry. So anda boleh berborak sampai telinga bernanah.

2. Ada Wi-Fi. So kalau rasa nak jimat time surf internet boleh pergi lepas Starbuck dan on kan jer Wi-Fi. Senang begitu.

3. Ada Micro- SD. So anda boleh bawak transfer segala video, gambar dan MP3 ke mana-mana laptop bila-bila masa sahaja.

celcom bb bold 3

Dah cukup teruja? Meh Abang Nara ceritakan sikit pasal offer yang ditawarkan oleh Celcom sekiranya anda berminat membeli Blackberry Bold 3 ini. Ada 2 pakej macam kat gambar atas tue. Satu pakej Celcom Exec dan satu pakej Celcom Biz. Abang Nara sharekan sikit details kedua-dua pakej ini supaya senang sikit korang buat pilihan.

celcom bb bold 3

celcom bb bold 3

Abang Nara saja letakkan sekali Celcom Blackberry Torch punya offer kot-kot ada kat sini yang teringin nak angkut satu BB Torch untuk awek dia. Kalau nak baca pasal Blackberry Torch, boleh klik sini sebab dulu pernah Abang Nara sharekan info BB Torch nie. Oh ye sebelum terlupa, kalau korang beli Blackberry Bold 3 dan Blackberry Torch sekarang, Celcom akan bagi FREE benda kat bawah nie.

celcom bb bold 3

celcom bb bold 3

Celcom memang suka pancing dan buat Abang Nara teruja untuk membeli produk diorang. Dan Abang Nara tau, korang pun teruja jugak kan? Air liur tengah meleleh kan tengok kecantikan Blackberry Bold 3? Tunggu apa lagi. Rembat la satu sekarang buat hadiah untuk diri sendiri sempena tahun 2010 dah nak habis nie.

Kalau nak info lebih lagi, sila ke website Celcom ini.

Written by AbangNara | November 23rd, 2010

siti nurhaliza shout awards 2010

Baru terperasan yang rupanya kami tak sharekan satu pun gambar Datuk Siti Nurhaliza di Shout Awards 2010 baru-baru ini. Cari punya carik, terjumpa gambar yang diambil oleh rakan media kami, Budiey. Nampak elegant sungguh Datuk Siti Nurhaliza dengan fesyen topinya. Ada gaya tersendiri. Kami suka.

Lagi gambar Datuk Siti Nurhaliza di Shout Awards 2010 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | November 23rd, 2010

ariel peter pan

Semestinya di saat ini, Ariel Peterpan sedang berfikir alangkah enaknya sekiranya dia dilahirkan menjadi artis Malaysia. Mana taknya, artis Malaysia kalau ada video atau gambar terlampau kesemuanya boleh dilepaskan dari undang-undang dengan hanya berkata:-

[note]Ini bukan gambar/video saya. Ini super impose ini (sambil buat muka pura-pura terkejut padahal dah gelabah kantoi)[/note]

Ariel semalam dibicarakan atas tuduhan mengedarkan 2 rakaman video seks buatan sendiri di Internet. Untuk makluman, setakat ini tiada lagi undang-undang yang boleh menyabitkan perlakuan seksual menerusi rakaman video. Sebab itulah Ariel dibicarakan atas tuduhan menyebarkan rakaman video bukannya kerana melakukan hubungan seks. Ariel juga dituduh kerana menyediakan peralatan untuk rakaman video tersebut.

Sekirnya sabit kesalahan, Ariel boleh dipenjara selama 12 tahun. Memang akan berkuburlah karier seni Ariel sekiranya dia didapati bersalah. 12 tahun lama tue beb. Bila dah habis penjara nanti memang susah la nak naikkan balik populariti. Memang tak boleh cari makan dah la.

Memang nasib Ariel sebenarnya kurang baik dilahirkan di Indonesia. Bak kata kami, kalau dia dilahirkan di Malaysia, hari ini keluar video lucah, hujung minggu buat statement video itu superimpose, hari Isnin orang dah lupakan tentang videonya. Senang kan?

Good luck and all the best untuk Ariel. Semoga kebenaran akan terbukti di mahkamah kelak.

Written by AbangNara | November 23rd, 2010

rebecca nur islam

Kami tak sanggup nak habiskan tajuk entri di atas, kami biarkan anda sahaja yang menentukannya. Kami tak mahu menghakimi Rebecca Nur Islam sebab kami pun bukannya baik sangat. Bak kata Rebecca, bukan salah dia yang bernama Rebecca Nur Islam. Namanya itu sekadar pemberian ayahnya semasa dia kecik. Hmm….

Lagi gambar Rebecca Nur Islam yang … dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Andy yang Hot.

 
Page 6 of 23« First...45678...20...Last »