Meleleh Air Liur Abang Nara Tengok Celcom Blackberry Bold 3 Nie ~~~

Hiburan

Meleleh Air Liur Abang Nara Tengok Celcom Blackberry Bold 3 Nie ~~~

Semalam SPM bermula dan secara tiba-tiba Abang Nara teringat zaman selepas SPM dulu, handphone pertama yang digunaka tak lain tak bukan ialah Nokia 3310. Masa tue dah habis macho dah kalau dapat beli handset nie. Semua member berebut nak main game Snake dalam handphone Abang Nara.

nokia 3310

Advertisement

Tahun 2008, balik dari Korea, Abang Nara terus angkut Sony Erikson. Tak lama lepas tue, atas desakan nafsu, Abang Nara berjaya membeli Blackberry Bold 2 yang dijana oleh Celcom. Sekali pakai Blackberry Bold 2, memang taknak pakai handphone lain dah. Selesa, cantik, mudah dan sangat sesuai untuk orang yang gila Internet macam Abang Nara nie.

celcom bb bold 2

Dan pagi tadi, Abang Nara baru dapat tau yang Celcom telah pun mengeluarkan Blackberry Bold 3 yang juga dikenali sebagai Blacberry Bold 9780. Ternyata Bold 3 lebih hebat dan lebih menarik dari Bold 2 yang Abang Nara miliki. Cuba ushar tengok perbezaan antara Bold 2 dan Bold 3 kat bawah nie.

celcom bb bold 3

Kelebihan yang paling jelas ialah kamera yang lebih berkualiti, OS 6.0 yang digunakan oleh Bold 3 yang memang mantap (Abang Nara dah try hari tue memang best gile OS 6.0 nie) dan juga memory card yang lebih besar. Boleh letak MP3, video dan gambar sampai lebam. Kalau kelebihan di atas tak cukup, mungkin point-point di bawah akan membuatkan anda lebih teruja untuk angkut Bold 3.

1. Bateri yang boleh tahan 6 jam untuk bercakap tanpa henti dan 38 jam untuk dengan muzik. Bateri Blackberry Bold 3 adalah yang paling tahan lama antara kesemua Blackberry. So anda boleh berborak sampai telinga bernanah.

2. Ada Wi-Fi. So kalau rasa nak jimat time surf internet boleh pergi lepas Starbuck dan on kan jer Wi-Fi. Senang begitu.

3. Ada Micro- SD. So anda boleh bawak transfer segala video, gambar dan MP3 ke mana-mana laptop bila-bila masa sahaja.

celcom bb bold 3

Dah cukup teruja? Meh Abang Nara ceritakan sikit pasal offer yang ditawarkan oleh Celcom sekiranya anda berminat membeli Blackberry Bold 3 ini. Ada 2 pakej macam kat gambar atas tue. Satu pakej Celcom Exec dan satu pakej Celcom Biz. Abang Nara sharekan sikit details kedua-dua pakej ini supaya senang sikit korang buat pilihan.

celcom bb bold 3

celcom bb bold 3

Abang Nara saja letakkan sekali Celcom Blackberry Torch punya offer kot-kot ada kat sini yang teringin nak angkut satu BB Torch untuk awek dia. Kalau nak baca pasal Blackberry Torch, boleh klik sini sebab dulu pernah Abang Nara sharekan info BB Torch nie. Oh ye sebelum terlupa, kalau korang beli Blackberry Bold 3 dan Blackberry Torch sekarang, Celcom akan bagi FREE benda kat bawah nie.

celcom bb bold 3

celcom bb bold 3

Celcom memang suka pancing dan buat Abang Nara teruja untuk membeli produk diorang. Dan Abang Nara tau, korang pun teruja jugak kan? Air liur tengah meleleh kan tengok kecantikan Blackberry Bold 3? Tunggu apa lagi. Rembat la satu sekarang buat hadiah untuk diri sendiri sempena tahun 2010 dah nak habis nie.

Kalau nak info lebih lagi, sila ke website Celcom ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...