5 Blackberry Torch 9800 Untuk Anda Menangi Dari Celcom

Hiburan

5 Blackberry Torch 9800 Untuk Anda Menangi Dari Celcom

blacberry torch 9800

// Baca ini dulu sebelum skroll ke bawah untuk gosip terbaru//

Advertisement

Update: Klik sini untuk details tentang contest Blackberry Torch ini

Bila Abang Nara melihat Blackberry Torch 9800 dari Celcom ini, terus meleleh air liur keluar di celah-celah mulut tanpa disedari. Menerusi pandangan mata ini, Blackberry Torch 9800 ini lebih seksi dan lebih menggiurkan dari Lisa Surihani. Walaupun Abang Nara sudah memiliki Blackberry Bold 2 daripada Celcom, tetapi nafsu untuk membeli Blackberry Torch 9800 ini masih membuak-buak. Cuba korang tengok gambar Blackberry Torch 9800 kat bawah nie untuk menghayati keanggunannya.

blackberry torch 9800

Seksi kan? Untuk pengetahuan, Blackberry Torch 9800 adalah smartphone pertama yang ada touch screen dan QWERTY keyboard. Nak taip SMS laju? Anda bolehkan guna keyboard. Takut screen 3.2 inchi Blackberry Torch anda kotor? Anda boleh gunakan keyboard untuk segalanya. Semuanya mengikut citarasa anda. Memang sangat-sangat fleksible Blacberry Torch nie.

[note]“Tapi Bang Nara saya nie seorang awek comel yang suka amik gambar guna handphone, bagus ke kamera Blackberry Torch 9800 ini?”[/note]

blackberry torch 9800

Jangan risau wahai si awek comel. Blackberry Torch 9800 didatangkan dengan 5 mega pixel punya kamera. Gambar confirm super sharp. Dan paling best, dalam Blackberry Torch 9800 ini dah ada 11 photo modes. Nak ambil gambar masa siang, malam, petang, senja atau pun subuh, semuanya tak ada masalah. Dan tak lupa juga fungsi untuk rekod video. Itu pun ada dalam Blackberry ini.

[note]“Tapi Bang Nara saya seorang lelaki bekerjaya yang setiap 2 saat nak check email, Facebook dan Twitter. Boleh ke Blackberry Torch 9800 nie membantu memenuhi kegilaan saya ini?[/note]

blacberry torch 9800

Jangan risau wahai lelaki bekerjaya. Blackberry Torch 9800 dari Celcom ini sememangnya dibina khas untuk orang seperti anda. Dengan plan Celcom Exec 50, anda boleh update status Twitter anda,  tengok status Facebook awek kegemaran anda dan check email sepanjang hari. Tak perlu risau bab coverage sebab coverage Celcom adalah yang terluas, terpantas dan paling jelas di Malaysia. Dan yang paling best ialah ada diskaun sampai 30% SETIAP BULAN kalau anda guna Celcom Exec 50.

[note]“Ok Bang Nara, saya dah tak sabar dah nie. Pandai Abang Nara pancing saya untuk beli Blackberry nie. Tapi tadi Bang Nara kata ada 5 Blackberry Torch 9800 untuk dimenangi pemberian Celcom. Cuba cerita sikit kat saya macam mana nak menang.”[/note]

blackberry torch 9800

Sabar wahai cik adik cik abang. Meh sini Abang Nara terangkan cara dia untuk menang 5 Blackberry Torch 9800 dari Celcom nie. Korang cuma follow langkah-langkah kat bawah nie:

1. Pastikan korang adalah seorang blogger dan mendaftar dengan Nuffnang
2. Ushar Nuffnang blog untuk maklumat terperinci tentang apa yang korang perlu tulis.
3. Tulis satu entri pasal Celcom Blackberry Torch 9800 di blog anda.
4. Tulis sebelum tarikh 30 November 2010.
5. Tunggu keputusan daripada pihak Celcom untuk tahu korang menang ke tak.

Senang ajer kan? Tapi kalau korang dah tak sabar sangat nak gunakan Blackberry Torch 9800 ini, sila pre-register di laman web Celcom nie. Untuk makluman, 28 Oktober ini, Celcom akan buat majlis pelancaran Blackberry Torch 9800 ini. Dan kalau anda adalah 100 pembeli terawal, 3 barangan di bawah akan menjadi milik anda PERCUMA:-

1. Jabra Bluetooth Headset worth RM125
2. 8GB Micro SD Card worth RM68
3. Energizer Portable worth RM58

celcom blackberry torch 9800

Abang Nara berani jamin yang kekacakan anda akan bertambah 10 kali ganda macam Lewis Hamilton kalau anda menggunakan Celcom Blackberry Torch 9800. Jangan terkejut sekiranya awek-awek satu Malaysia datang seperti ikan yang melukut di tepi gantang bila Blackberry Torch 9800 berada di tangan anda.

Untuk info lanjut, klik sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...