Written by AbangNara | January 28th, 2010

raja lawak 4

Korang layan tak Raja Lawak 4 ? Memula kami tak tengok la jugak, tapi skang nie dah melekat dah kat TV setiap hari Ahad pukul 9 malam. Dah siap-siap tukar channel jadi channel Astro Prima lagi. Kesian kat mak kitorang nak tengok TV1. Tapi last-last dia pun layan jugak. Sama-sama gelak ngan kitorang.

Bagi kami kali nie punya Raja Lawak ada 3 peserta yang best. Lain semua agak kureng sikit. Yang paling best sudah tentu Alex. Lawak dia memang sempoi. Tapi kami suka gak lawak Idlan ataupun lebih dikenali sebagai Abang Kasim. Siap ada jalan cerita dari episod 1 tue. Memang lawak gile!!! Dan yang paling last team Mamu. Not bad gak la lawak diorang.

Kalau korang tak layan Raja Lawak 4 kami cadangkan kepada anda untuk start tengok minggu nie. Sila jangan miss si Alex nie. Dia memang lawak. Tak percaya tengok video kat bawah nie. Bagi kami nie persembahan terbaik dia setakat nie.

Written by AbangNara | January 28th, 2010

facebook we hate linda onn

Pening dah kepala kitorang. Memang hebat rakyat Malaysia nie menggunakan kemajuan Internet terutamanya Facebook untuk meluahkan rasa bengang dan tak puas hati masing-masing. Kalau sebelum nie ada Facebook We Hate Memey Suhaiza dan Facebook I Hate Fasha Sandha, skang nie Facebook We Hate Linda Onn plak dah wujud. Pasnie rasa-rasanya sapa lagi bakal artis yang akan ada Facebook Hate Page nie? Jangan ada Facebook We Hate BeautifulNara udah la ye. Hehehe.

Kami sempat capture kata-kata Linda Onn dalam Facebook dia. Cuba korang baca kat bawah nie.

facebook we hate linda onn

Wallahualam.

Written by AbangNara | January 27th, 2010

linda onn

See you in court!!! Adeh tercakap omputeh plak. Hehehe. Nampaknya Linda Onn dah keluarkan statement untuk bertarung di mahkamah. Adakah ini akan menjadi kes terhangat 2010? Sedikit kata-kata Linda Onn untuk tatapan anda semua:-

[note]Semua kenyataan yang keluar daripada mulut saya adalah untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak media. Bukan saya sengaja hendak bercerita. Saya tidak akan buat permohonan maaf seperti yang diminta kerana saya bercakap perkara yang benar. Jadi, jumpa di mahkamah sahaja.[/note]

Nampaknya makin berat kes nie. Linda pun berani nak bawak hal nie ke mahkamah. Jadi mungkinkah benar Fahrin Ahmad sememangnya seorang kaki pukul dan panas baran? Kalau tak betul takkan la si Linda nie berani nak setelkan menatang alah nie kat court kan?

Sedikit lagi kata-kata Linda:-

[note]Memandangkan perkara ini akan dibawa ke mahkamah, jadi saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya. Saya sudah tahu perkara ini beberapa hari lalu dan bermula dari hari itu, saya telah lantik peguam untuk menguruskannya. Biarlah perkara ini dibincangkan di mahkamah. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini. [/note]

So kepada semua peminat-peminat Fahrin Ahmad dan Linda Onn, kita tunggu saja keputusan mahkamah untuk mengetahui siapa sebenarnya yang betul. Tunggu ~~~~~~~~~. Sumber dari Gua.

Written by AbangNara | January 27th, 2010

we hate memey suhaiza

Pas satu satu. Semalam baru kami keluarkan cerita pasal group facebook I Hate Fasha Sandha, hari nie kami dapat tau dah ada group Facebook We Hate Memey Suhaiza plak. Gambar group tue memang ganas. Sekeping gambar Memey Suhaiza tengah terbakar tue beb. Memang marah betul orang yang create group nie. Mesti kisah hidup dia ada kaitan dengan kisah hidup Memey, Norman dan Abby. Tue yang panas sangat tue.

Tapi setakat nie tak sampai seribu pun lagi yang jadi fans group nie. Adakah bermakna Memey sebenarnya disayangi ramai? Atau kami kira rakyat Malaysia dah matang dan malas nak layan group-group macam nie? Kita tunggu seminggu dua lagi sebab group Facebook We Hate Memey Suhaiza baru dibuat semalam rasanya.

Memey pun dah tau pasal kewujudan FB nie. Dia  tak kisah dan tak pernah bukak pun FB nie. Takut terguris hati dan perasaan. Nasihat kami, seeloknya memang jangan bukak. Baca description FB nie pun dah leh wat air mate meleleh. Kang ada yang menangis baca komen-komen yang agak panas kat situ.

Page 2 of 2212345...1020...Last »