Kepada semua pembaca BeautifulNara, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Hati-hati drive balik ke kampung. Jangan laju sangat dan jangan perlahan sangat. Kalau jem tue jangan marah-marah. Biasalah jem di hari raya. Semua orang nak balik kampung.
Pohon ampun dan maaf kepada semua jika ada tulisan kami yang mengguris hati dan perasaan anda semua. Kami cuma insan biasa yang penuh dengan kekurangan. Maafkan diri kami ini. Buat artis-artis yang ada membaca blog kami ini, kalau ada yang terpanas sangat ke ayat kami, maafkanlah ek.
Sekali lagi selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada wat rumah terbuka tue jangan lupa jemput kami. Hati-hati di jalan raya.
Uish, uish, uish. Berani betul Umie Aida buat pengakuan nak beraya kat rumah Dato’ K. Tak takut kena hempuk ngan Dato’ Siti Nurhaliza ke? Adakah ini pengakuan cinta yang tulus suci dari Umie Aida kepada Dato’ K yang telah sah menjadi milik Dato’ Siti Nurhaliza?
Hehehe. Saja je kitorang buat panas sikit ayat kat atas tue. Tau ramai yang dah mengantuk time-time nie. Sebenarnya Dato’ K yang Umie Aida nak pergi beraya nie bukannya Dato K’ milik Siti Nurhaliza. Yang nie lain nie. Inilah Dato’ K merangkap kekasih Umie Aida yang bakal menjadi suami dia tak lama lagi. Sama-samalah kita doakan diorang berdua nie dipermudahkan jodoh.
Dari apa yang kami baca, Umie Aida akan bertandang ke rumah Dato’ K yang bertempat kat Bukit Mertajam nie masa hari raya kedua. Tapi jangan risau. Umie Aida tak pergi sorang-sorang. Dia siap angkut anak angkat dia yang 2 orang tue. Barulah gadis Melayu gitu ~~~ Bawak teman pergi.
Nampaknya tahun nie tahun terakhirlah Umie Aida beraya sebagai seorang anak dara. Tahun depan bakal bergelar isteri orang. Tahniah dari kami awal-awal buat Umie Aida dan Dato’ K. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
#Sila skroll ke bawah untuk membaca artikel terbaru
Ish-ish. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang nie? Ingatkan artis-artis dan selebriti-selebriti jer yang ada gambar panas terlampau. Rupa-rupanya blogger-blogger Malaysia pun dah pandai buat aksi jugak. Yang paling tak tahan gambar panas Abang Nara pun turut terselit jugak. Apa kejadahnya nie?
Godek punya godek, rupa-rupanya bukan gambar terlampau jer diorang bertujuh nie ada. Siap ada video terlampau lagi. Ish,ish,ish. Memang gila betul 7 orang Top Bloggers nie. Kalau tak percaya sila tengok betapa terlampaunya diorang dalam video trailer Projek Alpha kat bawah nie.
Oh buat mereka-mereka yang ada blog, Adidassangat-sangat berbesar hati untuk menaja mereka yang menulis artikel paling kreatif tentang Project Alpha untuk menonton perlawanan bola Chelsea bersama dengan Jojo Struys. Apa yang anda perlu lakukan cuma blog tentang Project Alpha nie. Tak kira la anda nak kutuk lakonan Abang Nara ke, nak cakap RedMummy obsess dengan warna merah ke. Apa-apa sahaja asalkan ianya kreatif. Pastue pastikan anda mendaftar dengan Nuffnangdan submit permalink blog anda itu kepada Nuffnang.
Jangan lupa kemunculan saksikan episod lakonan BeautifulNara dalam Projek Alpha yang akan bermula 18 September 2009 ini dibawakan khas kepada anda oleh Adidas Action 3. Teruskan menyokong kami untuk menjadi blog hiburan nombor 1 Malaysia.
Wah wah, Abang Nara kita dah keluar suratkhabar lah. Glemer gitu!! ini KakNara nak jeles ni, kenapa muka BangNara dengan awek dia yg keluar paper?? KakNara selaku manager dan penulis blog ini sangatlah tidak puas hati.
Hahahha.
Apa-apa pun itulah dia gambar awek Bang Nara yer, punyalah nak cover , sekali kuar kat suratkhabar. terus kantoi. Tulah, asik tulis gosip artis, kan dah keluar gosip diri sendiri. Kalau korang nak baca lebih lanjut, klik sini yer….
Terima kasih kepada semua pembaca BeautifulNara, sokongan anda selama ini amat dihargai….
sekian, KakNara melaporkan dari bilik berita TheStar…