September 16th, 2009

#Sila skroll ke bawah untuk membaca artikel terbaru

Ish-ish. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang nie? Ingatkan artis-artis dan selebriti-selebriti jer yang ada gambar panas terlampau. Rupa-rupanya blogger-blogger Malaysia pun dah pandai buat aksi jugak. Yang paling tak tahan gambar panas Abang Nara pun turut terselit jugak. Apa kejadahnya nie?

Sabtu, 5 September 2009 bertempat di Midvalley LG bersempena dengan Adidas Action 3 Road Show, 7 blogger terunggul Malaysia yang terlibat dengan Projek Alpha telah dikantoikan membuat aksi terlampau masing-masing. Mereka-mereka ini ialah BeautifulNara, RedMummy, Budiey, Kenny Sia, Nicole Kiss, Sixth Seal dan Audrey. Turut terlibat sama ialah Jojo Struys dan Mr. Sam dari Adidas.

Terlalu banyak gambar-gambar aksi diorang nie sampai kami kena pilih yang terbaik untuk dikongsikan bersama anda. Layan ~~~~

1. Gambar TERLAMPAU ramai orang datang Adidas Action 3 Roadshow

2.Gambar terlampau HENSEM Abang Nara di tepi Adidas Action 3 Billboard

3. Gambar terlampau TAKUT H1N1 RedMummy (anak dia baru sembuh)

4. Gambar terlampau KOOL Mr. Sam selaku orang kuat Adidas Action 3 bagi penerangan pasal deodorant baru

5. Gambar terlampau COMEL Jojo Struys selaku host Projek Alpha

6. Gambar TERLAMPAU MACHO Sixth Seal beraksi memegang bola Adidas

7. Gambar TERLAMPAU TAK PERCAYA Nicole Kiss sebab dapat main Fussball bersama Abang Nara (walaupun kalah)

8. Gambar TERLAMPAU GEMBIRA Audrey (fourfeetnine) sebab 1st time berjaya main Fussball

9. Gambar TERLAMPAU SERIUS Budiey dan RedMummy main fussball. Nak menang sangat la tue (tapi kalah jua akhirnya)

10. Gambar TERLAMPAU naik syeh Kenny Sia dan Jojo Struys sebab menang game Fussball

11. Gambar TERLAMPAU BEST sebab dapat voucher RM100 barangan Adidas Action 3

12. Gambar 7 Top Malaysia Bloggers yang bakal TERLAMPAU POPULAR bersama Mr. Sam dan Jojo Struys

Godek punya godek, rupa-rupanya bukan gambar terlampau jer diorang bertujuh nie ada. Siap ada video terlampau lagi. Ish,ish,ish. Memang gila betul 7 orang Top Bloggers nie. Kalau tak percaya sila tengok betapa terlampaunya diorang dalam video trailer Projek Alpha kat bawah nie.

Oh buat mereka-mereka yang ada blog, Adidas sangat-sangat berbesar hati untuk menaja mereka yang menulis artikel paling kreatif tentang Project Alpha untuk menonton perlawanan bola Chelsea bersama dengan Jojo Struys. Apa yang anda perlu lakukan cuma blog tentang Project Alpha nie. Tak kira la anda nak kutuk lakonan Abang Nara ke, nak cakap RedMummy obsess dengan warna merah ke. Apa-apa sahaja asalkan ianya kreatif. Pastue pastikan anda mendaftar dengan Nuffnang dan submit permalink blog anda itu kepada Nuffnang.

Jangan lupa kemunculan saksikan episod lakonan BeautifulNara dalam Projek Alpha yang akan bermula 18 September 2009 ini dibawakan khas kepada anda oleh Adidas Action 3. Teruskan menyokong kami untuk menjadi blog hiburan nombor 1 Malaysia.


Comments are closed.

Loading...