September 16th, 2009

umie aida

Uish, uish, uish. Berani betul Umie Aida buat pengakuan nak beraya kat rumah Dato’ K. Tak takut kena hempuk ngan Dato’ Siti Nurhaliza ke? Adakah ini pengakuan cinta yang tulus suci dari Umie Aida kepada Dato’ K yang telah sah menjadi milik Dato’ Siti Nurhaliza?

Hehehe. Saja je kitorang buat panas sikit ayat kat atas tue. Tau ramai yang dah mengantuk time-time nie. Sebenarnya Dato’ K yang Umie Aida nak pergi beraya nie bukannya Dato K’ milik Siti Nurhaliza. Yang nie lain nie. Inilah Dato’ K merangkap kekasih Umie Aida yang bakal menjadi suami dia tak lama lagi. Sama-samalah kita doakan diorang berdua nie dipermudahkan jodoh.

Dari apa yang kami baca, Umie Aida akan bertandang ke rumah Dato’ K yang bertempat kat Bukit Mertajam nie masa hari raya kedua. Tapi jangan risau. Umie Aida tak pergi sorang-sorang. Dia siap angkut anak angkat dia yang 2 orang tue. Barulah gadis Melayu gitu ~~~ Bawak teman pergi.

Nampaknya tahun nie tahun terakhirlah Umie Aida beraya sebagai seorang anak dara. Tahun depan bakal bergelar isteri orang. Tahniah dari kami awal-awal buat Umie Aida dan Dato’ K. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.


Comments are closed.

Loading...