Zul Ariffin Sedia Beri Tunjuk Ajar Kepada Pelakon Baru, Asalkan Mereka Sedia Buang Ego & Berdedikasi

Hiburan

Zul Ariffin Sedia Beri Tunjuk Ajar Kepada Pelakon Baru, Asalkan Mereka Sedia Buang Ego & Berdedikasi

Tidak lokek berkongsi ilmu, pelakon popular Zul Ariffin menyatakan kesediaannya untuk memberi tunjuk ajar kepada mana-mana pelakon baharu yang digandingkan bersamanya sama ada dalam filem mahupun drama.

Zul Ariffin
2 years ago

Sambut Hari Kelahiran Ke-35, Zul Ariffin Berazam Untuk Tutup Kisah Lama

Advertisement

Bagaimanapun, Zul memberitahu bahawa ‘syarat’ utama yang ditetapkan olehnya adalah pelakon tersebut perlu sanggup membuang ego dalam diri selain meletakkan dedikasi yang tinggi untuk belajar dan memperbaiki mutu lakonan.

Saya tidak kisah untuk membantu, mengajar pelakon baharu asalkan mereka mahu belajar, letakkan dedikasi dan buang ego mereka ke tepi.

Menurut Zul, penonton percayakan lakonannya dan mereka meletakkan harapan untuk melihat keberkesanan lakonan serta dengan siap dia bergandingan apabila dia keluar di kaca televisyen.

Zul dengan rendah diri turut memberitahu yang dia bukanlah seorang pelakon yang baik namun dia akan mencuba untuk menjadi pasangan aktor yang mudah memberi kerjasama.

Tambah Zul lagi, seseorang pelakon itu tidak boleh bergerak solo ketika berlakon kerana ia tidak akan menjadi jika hanya seorang pelakon sahaja yang memberi.

Zul Ariffin

Bukan itu sahaja, Zul juga mengatakan yang dia tidak kisah untukĀ baby sit atau memberi tunjuk ajar kepada pelakon yang bergandingan dengannya di set penggambaran walaupun dia tidak dibayar untuk berbuat demikian.

Zul memaklumkan pekara tersebut ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 di Hotel Royale Chulan The Curve.

Sekadar info, Festival Filem Malaysia ke-31 akan berlangsung pada 10 Disember depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang akan mempertaruhkan 55 buah filem.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...