Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zul Ariffin Pulangkan Semula Kereta Yang Diberikan Oleh Bekas Kekasih

Rasanya semua sudah tahu bahawa  percintaan Zul Ariffin danGayatri Su Lin Pillai telah berakhir apabila kedua-duanya mengakui  perkara tersebut.  Menurut Zul, hubungan mereka sebenarnya sudah putus sejak beberapa bulan lepas.

Susulan itu, Zul khabarnya telah memulangkan semula kereta yang pernah diberikan oleh Gayatri.  Berita itu dimaklumkan oleh salah satu sumber Cik Pang menerusi portal Harian Metro hari ini.

Advertisement

Berikut petikan  artikel daripada Cik Pang:-

Apabila hubungan cinta antara Zul dan Gaya diumumkan secara rasmi, ada teman Cik Pang bertanya bagaimana situasinya terutama membabitkan beberapa barang mewah yang diberikan penerbit itu kepada aktor terbabit. Cik Pang terkejut juga mendengar pertanyaan seperti itu tetapi kita ‘angkat tangan’ awal-awal bila ada yang bercerita mengenainya sebab tidak mengetahui perkara sebenar.

Katanya, setahu dia sewaktu masih bercinta Gaya memberikan kereta kepada Zul. Sebaik saja mereka memutuskan hubungan, Zul memulangkan ­kembali kereta mewah itu kepada Gaya.

Apakah kereta mewah tersebut adalah Audi A5 yang sebelum ini memang timbul sedikit kontroversi dimana  ada pihak yang mendakwa ia adalah pemberian Gayatri dan bukannya hasil titik peluh Zul sendiri?

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama