Rasanya semua sudah tahu bahawa  percintaan Zul Ariffin danGayatri Su Lin Pillai telah berakhir apabila kedua-duanya mengakui perkara tersebut. Menurut Zul, hubungan mereka sebenarnya sudah putus sejak beberapa bulan lepas.
Susulan itu, Zul khabarnya telah memulangkan semula kereta yang pernah diberikan oleh Gayatri. Berita itu dimaklumkan oleh salah satu sumber Cik Pang menerusi portal Harian Metro hari ini.
Berikut petikan artikel daripada Cik Pang:-
Apabila hubungan cinta antara Zul dan Gaya diumumkan secara rasmi, ada teman Cik Pang bertanya bagaimana situasinya terutama membabitkan beberapa barang mewah yang diberikan penerbit itu kepada aktor terbabit. Cik Pang terkejut juga mendengar pertanyaan seperti itu tetapi kita ‘angkat tangan’ awal-awal bila ada yang bercerita mengenainya sebab tidak mengetahui perkara sebenar.
Katanya, setahu dia sewaktu masih bercinta Gaya memberikan kereta kepada Zul. Sebaik saja mereka memutuskan hubungan, Zul memulangkan Âkembali kereta mewah itu kepada Gaya.
Apakah kereta mewah tersebut adalah Audi A5 yang sebelum ini memang timbul sedikit kontroversi dimana  ada pihak yang mendakwa ia adalah pemberian Gayatri dan bukannya hasil titik peluh Zul sendiri?