June 9th, 2015

Nama Zul Ariffin cukup hangat  diperkatakan dan sering terpalit dengan kontroversi apabila sebelum ini timbul dakwaan beliau  sebagai seorang yang sombong serta kekwat kerana enggan mengambil gambar bersama peminat atas alasan mahu  menjaga privasi keluarganya pada waktu itu.

Pelbagai persoalan yang timbul mengenai perkara tersebut dan akhirnya Zul telah tampil untuk memberikan penjelasan secara terperinci. Menurut Zul, beliau tidak memarahi peminat tersebut tetapi cuma bercakap dalam nada tegas dan meminta peminatnya itu untuk bersabar.

Saya tidak marah dia (peminat), saya cuma bercakap dalam nada tegas kerana ketika itu adalah waktu saya bersama dengan keluarga.Saya faham dia mahu bergambar dengan saya, jadi saya cuma memintanya untuk bersabar sebentar. Tambahan pula, ketika itu, saya mahu menyimpan beg ibu saya sebelum kembali bergambar dengan peminat terbabit.

Saya tak berniat nak salahkan sesiapa tapi tindakan mereka pada ketika itu memang salah. Apabila saya cuba bercakap dalam nada yang lembut, mereka tak mahu dengar jadi terpaksalah saya bertegas.

Ada segelintir daripada peminat beliau yang tidak sabar untuk bergambar sehingga mengajak Zul untuk selfie didalam tandas bersama mereka. Buat Zul, perkara tersebut adalah tidak wajar sama sekali dan tidak kena pada tempatnya.

Saya sedar ada segelintir peminat yang jenis tak sabar-sabar. Kalau sabar, tunggu saya bersedia dulu apa masalahnya, sekejap saja pun. Nak berselfie pun kenalah tempat dan masanya juga. Ada yang minta nak berselfie semasa saya sedang membuang air kecil? Nak selfie apa dalam tandas? Itu nak selfie atau nak rakam gambar apa?

Pada masa yang sama,   Zul berharap perkara ini tidak lagi dipanjangkan kerana beliau sememangnya menghargai peminat yang menjadi tulang belakang beliau dalam industri hiburan.

Mungkin agak tidak kena apabila hendak buang air di tandas pun peminat mahu ajak bergambar. Agak tidak selesa untuk seseorang menghadapi situasi tersebut, tetapi itulah lumrah menjadi orang terkenal apa yang penting perlu mempunyai kesabaran yang tinggi.

Sumber Berita: Sinar Harian

 


Comments are closed.

Loading...