Written by AbangNara | August 22nd, 2019

Akhirnya, setelah sekian lama menanti, pelakon kacak Zul Ariffin mengumumkan yang dia bakal berkahwin tahun hadapan. Walaubagaimanapun, Zul masih belum menemui tarikh yang sesuai dan akan memaklumkan perkara itu kepada semua apabila segalanya sudah selesai dirancang. Tambah menarik, Zul Ariffin memaklumkan yang bakal isterinya itu adalah seorang “non muslim” namun identiti wanita tersebut dirahsiakan oleh Zul. Sebelum ini, Zul Ariffin pernah dikaitkan bercinta dengan seorang model dari Ukraine.

zul ariffin kahwin

Kata Zul Ariffin:-

Saya merancang untuk berkahwin pada tahun 2020 memandangkan tahun itu agak cantik untuk mendirikan rumah tangga. Tapi masih belum ada lagi tarikh atau bulan yang sebenar kerana semuanya masih dalam perancangan, kalau jadi kahwin saya akan jemput. Tiada sebarang sidang media. Sekarang ini saya dah malas nak bercinta, kalau okay kita terus kahwin, tunggu sahaja apabila tiba waktunya.

Niat nak kahwin ni benda baik dan tak salah beritahu, cumanya selagi belum pasti kita tak nak heboh-heboh.Sebabnya ia ada berkaitan agama, wanit itu bukan Muslim dan saya tak mahu orang kata wanita itu peluk Islam hanya kerana nak kahwin. Dalam hal ini memperlukan sedikit masa dan biarlah dia memeluk Islam seikhlas hati dan kita bantu apa yang perlu

zul ariffin kahwin

Sudah pasti berita ini cukup menggembirakan para peminat Zul Ariffin yang sudah sekian lama ingin melihat pelakon sado ini bersanding di atas pelamin. Tak kisahlah sama ada bakal isteri Zul seorang “non muslim”, yang penting dia ada untuk membimbing wanita tersebut ke jalan yang diredhaiNya. Sama-samalah kita doakan agar perancangan ini menjadi kenyataan. Apa pun, tahniah buat Zul dan bakal isteri. Sumber Mstar Online.

21 responses to Zul Ariffin Bakal Nikah Tahun Hadapan, Bakal Isteri Seorang “Non Muslim”

  1. Anonymous says:

    dgn glembot la tu.. pic kt ig aku tgk tattoo nama zul kt jari dia..korg pegi tgk..

  2. feldegast says:

    Ha ha ha ha…

    Standard gimik artis. Bila nama tak trending dalam news/social media akan buat cerita bagi nama trending balik. Paling best buat post ala2 social media kena hacked tayang alat sulit.

  3. Sabrina says:

    dia tengok ex gf nak kawen ngn aiman dia pun kalut nak kawen..Aiman gak gentlemen , kawan x smp 2 bulan melamar jmpa mak ayah..p perth tunang…feb kawen….Btol Aiman ckp kalau hati dah suka family dah stuju buat apa tangguh benda baik……dulu ajak Fathia kawen ..tya xnak..nk popular katanya…skrg meroyan kau Fathia…

  4. Akak Kantin says:

    Ape nama makwe zul ariffin ni…Gelembot eh..semoga berjodohan…Jika ibu zul ariffin masih hidup..adakah dia setuju zul kawen dengan Gelembot ni ek…

    • ally says:

      hmmmmm… apa background pompuan tu? i.e. education, past and current profession, family background, etc. bukan apa tengok gambar2 pompuan tu kat thailand mcm hanging around jer kat negara tu. what exactly is her profession in thailand? gambar2 dia selfie sakan seksi meksi tak mencerminkan profession dia pun. Mcm versi Rihana Petra 2.0 jer.

  5. Anonymous says:

    lantak ko lah bhaiii..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini