Zizie Ezette Dan Bung Mokhtar Ambil Anak Angkat Perempuan?

Hiburan

Zizie Ezette Dan Bung Mokhtar Ambil Anak Angkat Perempuan?

Baru-baru ini kita menerima berita gembira apabila pelakon Zizie Ezette membuat keputusan untuk mengenakan hijab sepenuhnya selepas menunaikan ibadah umrah di Mekah bersama suaminya pada bulan Ramadhan lepas.

Terbaru, khabarnya Zizie dan suaminya Bung Mokhtar yang merupakan seorang ahli politik kini sedang bahagia apabila menerima kehadiran orang baharu dalam kehidupan mereka berdua. Orang baharu yang dimaksudkan ialah anak angkat perempuan mereka yang diberi gelaran Baby J.

Advertisement

Banyak sugguh foto-foto serta video Baby J yang dikongsikan oleh Zizie menerusi akaun Instagram miliknya. Jelas sekali pasangan ini cukup bahagia disamping anak angkat mereka.

Walaubagaimanapun, kami tidak pasti akan  nama sebenar mahupun umur Baby J. Harapnya selepas ini kasih sayang mereka suami isteri akan terus bertambah dan sudah tentu sekali Zizie Ezette sedang menikamati saat bergelar ibu sekarang. Comel kan Baby J?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...