June 15th, 2015

Sebelum  ini,  ramai yang tertanya adakah perkahwinan Zizan Razak bersama pasangan Nor Edura Diana ditangguhkan kerana ada ura-ura yang mengatakan pasangan ini bakal berkahwin pad bulan Jun tetapi sehingga kini persiapan masih belum dilakukan.

Malah, Zizan  pernah memberikan kenyataan bahawa perbincangan masih dibuat oleh kedua-dua pihak keluarga bagi menentukan hala tuju perkahwinan tersebut.

Terus diasak dengan pelbagai persoalan, Zizan dalam satu kenyataan kepada akhbar Harian Metro  tanggal 13 Jun lepas memberitahu beliau mempunyai alasan peribadi yang melibatkan pelbagai pihak untuk tidak bercerita tentang majlis kahwin beliau dan meminta agar orang ramai menghormati situasi beliau sekarang.

Saya minta maaf tak dapat komen apa-apa tentang itu. Saya ada sebab yang terlalu peribadi membabitkan keluarga dan beberapa pihak lain untuk tidak bercerita lanjut. Tunggulah bila tiba masa sesuai saya akan bercerita. Saya harap anda faham dan hormati situasi saya sekarang.

Berita mengenai  perkahwinan Zizan Razak mendapat perhatian ramai kerana beliau mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Nur Edura sejurus selepas hubungan cinta bersama Emma Maembong putus di tengah jalan. Malah, bapa kepada Zizan mengesahkan bahawa anaknya itu pernah membawa Nur Edura untuk bertemu dengannya dan mempunyai hasrat untuk memperisterikan wanita tersebut. Ada pihak yang mengatakan Zizan sudah lama menjalinkan hubungan bersama Nur Edura sewaktu beliau masih lagi bergelar kekasih kepada Emma.

Jika ada jodoh Zizan Razak bersama Nur Edora pasti perancangan mereka untuk bergelar suami isteri akan terlaksana juga. Hal perkahwinan ini tidak boleh dibawa main-main dan kita harus meneliti setiap perkara dengan baik sebelum membuat keputusan untuk  meneruskan niat untuk berumah tangga.

Sumber Berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...