Wow. Ini satu perkara yang agak menarik untuk dibincangkan. Tindakan Zizan Razak yang membekukan akaun syarikatnya (Wirefame Entertainment), dipercayai kerana perselisihan faham bersama rakan kongsinya telah menyebabkan artis-artis di bawah syarikat tersebut tidak mendapat bayaran/pendapatan daripada hasil kerja mereka. Antara artis yang mendapat impak daripada tindakan Zizan ini ialah Johan As’ari dan Kaka.
Zizan dikatakan telah berbuat demikian sebelum terbang ke Jepun untuk menjalani penggambaran sebuah program travelog baru-baru ini. Kesian Abang Nara mendengar luahan hati Johan As’ari dan Kaka. Iyerlah, kerja penat-penat tup-tup duit tak dapat sebab akaun dibekukan. Kerana tindakan Zizan ini, Johan As’ari tidak dapat membayar bil hospital ibunya. Kedua-dua artis ini bercadang untuk membuat laporan polis mengenai hal ini dalam masa terdekat. Luah Kaka:-
Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri.
Untuk makluman, apabila pembekuan akaun syarikat dilakukan, bayaran gaji pekerja dan pendapatan untuk artis sukar diagihkan. Dikatakan Zizan mengambil keputusan ini tanpa persetujuan rakan kongsinya, Marina Juki. Umum mengetahui yang Zizan sudah keluar daripada syarikatnya sendiri dan kini bernaung di bawah Astro. Apa pendapat anda? Adakah tindakan Zizan ini wajar atau tidak profesional? Info asal Harian Metro.