Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zizan Razak Kini Sah Artis Bawah Pengurusan Astro

Akhirnya persoalan yang bermain di minda para peminat Zizan Razak terjawab jua. Setelah desas-desus kemelut dalamam antara dirinya dan syarikat Wireframe Entertainment Sdn Bhd yang merupakan syarikat miliknya sendiri bersama pengurus peribadi, Marina Juki tersebar luas, akhirnya segalanya telah terjawab apabila pihak Astro mengumumkan bahawa Zizan kini di bawah pengurusan syarikat tersebut di majlis pelancaran hlive! baru-baru ini.

zizan bawah astroDikatakan bahawa nilai kontrak yang ditandatangan oleh Zizan adalah bernilai RM2 juta. Satu angka yang amat besar dan pastinya amat berbaloi. Walaupun tidak lagi diuruskan oleh Wireframe, syarikat miliknya itu masih wujud dan beroperasi seperti biasa. Dengan pengurusan baru ini, Zizan berharap agar kerjayanya akan lebih berkembang. Kata Zizan menerusi Berita Harian:-

Advertisement

Saya berharap selepas ini kerjaya saya lebih bagus kerana diuruskan oleh pihak lebih profesional. Saya juga akan sama-sama berbincang untuk memantapkan lagi kerjaya saya dalam semua bidang yang diceburi.

zizan bawah astro

Sesungguhnya kejayaan Zizan ini jelas menunjukkan sekiranya anda seorang yang berbakat dan popular, anda juga boleh mengecapi kekayaan dengan bergelar seorang artis. Stigma masyarakat mengenai kehidupan artis yang miskin dan cukup-cukup makan nampaknya bakal dihapuskan. Semoga akan lebih ramai rakyat kita mencuba nasib dalam bidang industri hiburan. Apa pun, tahniah diucapkan buat Zizan. Kepada Emma Maembong, cepat-cepatlah kahwin dengan Zizan. Hehehe.

P.S: Gambar selfie haiwan yang amat cool

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top