Sudah lama berkecimpung dalam bidang hiburan serta pernah menerima kritikan yang lebih teruk sebelum ini Ziana menganggap ia sebagai asam garam sebagai seorang selebriti dan menerima komen-komen mengenai isu tersebut dengan hati yang terbuka.
Saya sebenarnya tidak ambil pusing mengenai perkara tersebut kerana dalam dunia artis ini orang akan mengata dan memuji. Setiap manusia mempunyai pandangan sendiri untuk memberi pendapat tetapi kadang-kadang orang yang memberi pandangan itu melihat seolah-olah diri mereka sempurna.
Tambah Ziana lagi, sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian ramai beliau perlu menggayakan fesyen yang menjadi trend masa kini asalkan pakaian tersebut menutup aurat.
Sebagai seorang selebriti ikon fesyen saya perlu menggayakan pakaian yang mengikut trend terkini kerana tidak salah jika imej digayakan bersesuaian dengan majlis. Selagi pakaian yang dipakai itu masih menutup aurat ia sebenarnya sudah cukup bagi saya.
Tidak kami nafikan pakaian Ziana Zain pada malam tersebut agak ketat dan menampakkan susuk tubuhnya dengan jelas. Memang ia menutup aurat tetapi ia juga boleh mengundang fitnah dan menjatuhkan imej seorang muslimah dan presepsi orang luar terhadap Islam.