April 22nd, 2013

Februari tahun lalu, Ziana Zain telah membuat pengakuan yang dia mengambil suntikan kolagen di bahagian tertentu wajahnya untuk kekal cantik. Ditemui ketika majlis perlantikan sebagai duta Safi Rania Diamond, Ziana Zain kini mengakui yang dia sudah tidak lagi menggunakan dan mempercayai teknik tersebut.
ziana zain

Berkata kepada portal Murai, Ziana Zain mengakui dia bimbang dengan kesan jangka masa panjang sekiranya terus mengambil suntikan kolagen. Kata Ziana Zain:-

Saya akui, sebelum ini saya pernah mengambil suntikan kolagen untuk kulit wajah. Tetapi kini tidak lagi. Pada saya, itu hanya percubaan sahaja dan selepas mengetahui kesan jangka masa panjang, saya jadi bimbang dan kini tidak lagi mengamalkannya. Saya akui selepas menerima suntikan kolagen, kulit kita akan serta merta nampak lebih cantik dan bermaya tetapi jika berlebihan ianya boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang.

ziana zainPenyakit buah pinggang sememangnya sangat berbahaya. Tidak berbaloi untuk kelihatan cantik tetapi badan yang binasa. Kini Ziana Zain hanya mengamalkan pemakanan tradisional dan menikmati proses penuaan secara normal.

Jadi sekarang, saya lebih selesa mengamalkan petua kecantikan tradisonal daripada ibu saya dan memakai produk kecantikan Safia Rania Diamond yang terbaru. Bagi saya, lebih baik kita semua menikmati usia yang semakin tua dengan seadanya. Jadi biar kita melalui fasa kulit dan badan kita secara normal. Memang kita tidak boleh kembalikan wajah dan badan kita seperti masa muda kerana itu memang hakikatnya. Biar kita lalui semua fasa usia itu. Asalkan jangan tua sebelum usia

Semoga kesedaran ini akan turut dirasai oleh mereka di luar sana yang ingin kelihatan cantik seperti gadis 20-an sedangkan umur sudah mencecah 40-an. Berhentilah mengambil apa-apa suntikan sebelum terlambat. Takut-takut nanti badan anda yang binasa. Contohilah Ziana Zain.
fer white

P.S: Hanya 1/2 scoop untuk kulit wajah yang lebih berseri dengan Fer White. Jangan risau kerana kandungannya telah pun diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Harga cuma RM95 untuk penggunaan selama sebulan. Anda pasti berpuas hati. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.


Comments are closed.

Loading...