Zed Zaidi Seperti Menepuk Air Di Dulang, Terpercik Ke Muka Sendiri – Hairie Othman

Hiburan

Zed Zaidi Seperti Menepuk Air Di Dulang, Terpercik Ke Muka Sendiri – Hairie Othman

Susulan kenyataan yang agak keras daripada Zed Zaidi tentang artis yang dibayar lumayan untuk memburukkan kerajaan, Hairie Othman tampil membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Presiden Seniman itu. Menurut Hairie Othman, Zed Zaidi seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Kalau anda tak faham peribahasa ini, silalah tanya cikgu Bahasa Melayu anda.

hairie othman

Advertisement

Kata Hairie Othman:-

Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia. Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma. Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah? Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman.

Bagi Abang Nara senang je. Kedua-dua mereka ini ada pendapat dan pegangan mereka sendiri. Selagi rasa betul, go on jerlah dengan apa-apa yang anda hendak lakukan. Jangan sampai menyusahkan rakyat marhaen seperti Abang Nara ini sudahlah. Tak ke gitu? Kredit info Selangor2U.

P.S: Gambar sekitar protes terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Islam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...