Zara Zya Gembira Ramai Terhibur Dengan Dialog Spontannya

Hiburan

Zara Zya Gembira Ramai Terhibur Dengan Dialog Spontannya

Pelakon Zara Zya meluahkan rasa gembira apabila ramai terhibur dengan dialog spontannya yang teringin makan udang dalam salah satu babak drama bersiri Mr Bibik sehingga ianya menjadi tular.

Zara Zya
2 years ago

Dah Bersedia Untuk Bergelar Isteri, Zara Zya Akan Umum Bila Sudah Pasti

Advertisement

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin memberitahu yang dialog tersebut memang dibuatnya sendiri secara spontan sewaktu penggambaran dan mengakui bahawa drama itu sangat kelakar.

Itu adalah dialog spontan daripada saya. Memang kami sendiri pun tergelak-gelak jugalah sewaktu penggambarannya itu.

Menurut Zara, dia sendiri tidak menyangka ramai terhibur dengan dialognya itu dan dia juga baru dapat tahu babak tersebut serta beberapa babak lain telah tular di laman TikTok.

Zara juga sempat mengatakan yang dia gembira melihat komen di perkongsian tersebut kerana semua kelakar dan ramai yang terhibur dengan lakonannya dalam babak itu.

Ramai pula nak pergi Sabah lepas ni kan?

Zara Zya

Semalam, tular di TikTok dan media sosial lain apabila sedutan babak membabitkan Zara, Saharul Ridwan, dan Liza Abdullah itu mencuit hati ramai dan mengubah mood serius tiba-tiba menjadi kelakar.

Sekadar info, drama Mr Bibik lakonan Zara Zya dan Saharul Ridzwan itu ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 dan turut dibintangi pelakon lain seperti Raja Afiq, Roy Azman, Liza Abdullah, Wanns Ahmad dan ramai lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...