Dah Bersedia Untuk Bergelar Isteri, Zara Zya Akan Umum Bila Sudah Pasti

Hiburan

Dah Bersedia Untuk Bergelar Isteri, Zara Zya Akan Umum Bila Sudah Pasti

Pelakon Zara Zya memaklumkan bahawa dia kini sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri meskipun beberapa kali hubungan percintaannya kecundang di tengah jalan.

Zara Zya
2 years ago

Serik Dengan Kisah Lalu, Zara Zya Pilih Untuk Lebih Berahsia Soal Percintaan

Advertisement

Ujar Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia pasti akan memaklumkan mengenai berita gembira tersebut apabila sudah tiba waktunya.

Lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka berkongsi soal peribadi kepada umum, Zara berkata dia enggan kesilapan yang sama berulang lagi di kemudian hari.

Saya tidak lagi berkongsi macam dulu. Saya sudah bersedia untuk berkahrin tapi hanya akan berkongsi jika sudah pasti. Sebab sebelum ini orang pun tahu apa yang saya lalui, jadi saya tak mahu perkara sama berlaku. Siapa yang tak mahu kahwin.

Dalam pada itu, Zara turut memohon doa daripada orang ramai agar urusannya dipermudahkan serta kehidupan diberkati Allah S.W.T.

Terdahulu, Zara pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon Hafreez Adam pada Oktober 2019 namun hanya bertahan dalam tempoh sebulan sebelum mereka berdua mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Perkembangan terkini, Zara kini membintangi drama Mr. Bibik di mana dia telah bergandingan bersama pelakon Saharul Ridzwan serta pelakon hebat lain seperti Raja Afiq, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...