Zamani Tak Mahu Sakit Jadi Alasan, Azam Beri Aksi Terbaik Di Konsert Slam Mentari Muncul Lagi

Hiburan

Zamani Tak Mahu Sakit Jadi Alasan, Azam Beri Aksi Terbaik Di Konsert Slam Mentari Muncul Lagi

Penyanyi dan vokalis kumpulan Slam, Zamani memaklumkan yang dirinya kini telah pun kembali menjalani rawatan penyakit skoliosis atau tulang belakang melengkung.

zamani
3 years ago

'Saya Terjerumus Dengan Dadah Sejak Sekolah, Semua Jenis Saya Dah Cuba' - Zamani

Advertisement

Ia susulan timbulnya beberapa masalah tidak dapat dielakkan yang memaksa dia menghentikan rawatan tersebut sebelum ini.

Menurut Zamani, dia juga ingin berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah berbesar hati memberikannya katil kesihatan demi keselesaan tulang belakangnya itu.

Sekarang ini saya dah teruskan semula rawatan seperti biasa. Saya juga ingin berterima kasih kepada sebuah syarikat ini kerana mereka telah berikan saya tilam kesihatan.

Pada masa yang sama, Zamani memberitahu yang dia juga turut menjalani rawatan tradisional sebagai kaedah alternatif.

Penyanyi lagu Mentari Muncul Lagi itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang berlangsung di ibukota pada Rabu lepas.

Bagaimanapun, Zamani menegaskan yang dia tidak mahu menjadikan penyakit tersebut sebagai penghalang buat dirinya untuk memberikan persembahan yang terbaik menjelang konsert Slam yang bakal berlangsung pada Januari depan.

Zamani Slam

Namun, saya tak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai alasan. Kalau boleh, saya nak buat konsert ini sehabis baik. Saya nak tutup cerita sakit ini dan mahu terus positif.

Tambah Zamani, dia tidak menafikan yang perkara tersebut sememangnya akan mengganggu persembahannya di atas pentas kerana penyakit itu melibatkan saraf pada bahagian tulang belakang dan pasti terasa jika saraf itu terkepit.

Sekadar info, Konsert Slam Mentari Muncul Lagi bakal diadakan pada 12 Februari 2022 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...