Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Saya Terjerumus Dengan Dadah Sejak Sekolah, Semua Jenis Saya Dah Cuba’ – Zamani

zamani

Sedia maklum, penyanyi veteran kumpulan Slam iaitu Zamani menghidap penyakit tulang belakang melekung atau dikenali sebagai Skoliosis sejak dahulu lagi dan baru-baru ini dia mengakui sebab disebalik penyakitnya itu berpunca daripada dadah.

Advertisement

Pengakuan penyanyi tersebut mengambil dadah dibuat menerusi program sketsa dan bual bicara komedi, Rumah No. 107 Musim Kedua yang bersiaran pada Jumaat yang lalu.

Saya terus terang cakap.. Saya terjerumus dengan dadah sejak di bangku sekolah. Semua dadah daripada yang kurang kuat sampailah yang paling kuat semua saya dah.

Andai dapat diputarkan waktu, kalau arwah ibu saya masih hidup.. saya mahu memohon maaf, mohon ampun kepada dia kerana telah memalukan nama keluarga. Saya nak cium tapak kaki dia.

Zamani turut bercerita semasa bermulanya kehidupan sebagai seorang artis, dia mengaku dirnya culture shock kerana mempunyai duit sendiri dan menggunakan duit itu untuk menghabiskan masa di kelab malam bersama kawan-kawannya.

Advertisement
zamani Sumber : Instagram Zamani  

 

Dalam pada perkongsiannya dalam program tersebut, Zamani berkata dia berharap mereka diluar sana menjadikan ceritanya ini sebagai pendoman dan pengajaran kepada orang ramai.

SUMBER : Gempak
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Armadan Hamdan

    June 13, 2021 at 7:08 pm

    SAY NO TO DRUG!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top