Zakuan Adha – Saya Lelaki Sejati, Bukan Gay

Hiburan

Zakuan Adha – Saya Lelaki Sejati, Bukan Gay

zakuan adha gay

Wah ingatkan kisah cinta Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah je yang femes. Tapi rupa-rupanya gosip panas yang kononnya Zaquan Adha nie mengamalkan gaya hidup songsang (gay) lagi femes rupanya. Memang nampak sangat tak logik. Mementang la si Zakuan nie hensem dan muka jambu sikit. Terus ada orang buat citer kononnya dia nie gay Melayu. Ish-ish.

Advertisement

Kami rasa mereka yang sebarkan fitnah nie adalah peminat-peminat Ayu Raudhah. Mesti diorang pernah nak tekel Ayu Raudhah tapi kena rejek sebab Ayu dah suka kat Zakuan. Disebabkan kebengangan  yang teramat maka mereka-mereka nie watlah citer yang kononnya Zakuan nie gay. Semata-mata nak jatuhkan maruah Zakuan di mata Ayu Raudah.

Tapi jangan risau sebab Ayu dah bagitau kat suratkhabar hari tue yang Zakuan nie lelaki sejati. Tapi jangan salah paham lak. Diorang berdua tak pernah “test drive” untuk memastikan kelelakian Zaquan. Ayu cuma cakap camtue dengan pengamatan dia selama mereka berkawan nie.

Dan yang terbaru kami tengok kat Buletin Utama tadi, Zakuan Adha dah failkan kes saman kat suratkhabar yang keluarkan cerita nie. Menangis la membayar saman nanti. Memang susah la menang kes nie sebab kena buktikan yang Zakuan benar-benar gay. Lain kali hati-hati sikit buat cerita. Jangan sampai jadi camnie. Abiskan duit kompeni jer.

Buat Zakuan, satu cara terbaik untuk anda menepis gosip murahan ini ialah berkahwin secepat mungkin dengan Ayu Raudah. Tunggu apa lagi. Duit pun dah banyak dah kan? Kata dapat bonus RM30,000 sebab menang emas ari tue. Masuk jerlah melamar si Ayu tue.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...