July 9th, 2009

ayu raudhah zaquan adha

Dulu kitorang dah pernah keluarkan gambar Ayu Raudah dan Pekin keluar shopping bersama-sama. Tapi nampak gayanya Pekin dah menyerah kalah dan mengaku dah clash dengan Ayu Raudah.

Apakah punca perpisah mereka? Mungkinkah kehadiran orang ketiga menjadikan hubungan mereka retak? Jeng jeng jeng. Adakah kehadiran seorang jejaka ensem lagi macho yang bernama Zaquan Adha telah berjaya merampas hati Ayu Raudhah? Udahlah kacak, pandai bermain bola pulak tue. Memang mampu mencairkan hati mana-mana awek.

Buat yang tak tahu, kembar Zaquan Adha iaitu Aidil Zakuan sudah pun berkahwin dan mendapat anak bersama seorang artis Malaysia iaitu Rita Rudaini. Adakah Zaquan jugak ingin mengikut jejak langkah kembarnya dan berkahwin dengan artis jugak? Mungkin itu trend pemain bola sepak sekarang? Main bola tak seberapa tapi awek kena compem cun dan melatop gitu!!

Kalau betullah Zaquan Adha dan Ayu Raudhah bercinta, kami harap diorang tak ikut jejak langkah kembar Zaquan dan kawin lari kat Siam. Buatlah elok-elok. Lagipu Ayu bukannya mak janda macam Rita Rudaini. Jadi tak ada reason mak ayah Zaquan nak menghalang percintaan mereka. Almaklumlah, masih anak dara.

Buat Zaquan dan Ayu, kalau betul anda berdua bercinta, tahniah kami ucapkan. Rasanya sama cantik dan sama padan. Semoga berkekalan dan sampai ke jinjang pelamin.


Comments are closed.

Loading...