“Zakar Ditarik Sampai Senak, Kepala Dipijak” – Dihantar Untuk ‘Rawat’ Gangguan, Rupanya Didera Ala Militan Oleh Madrasah

Trending

“Zakar Ditarik Sampai Senak, Kepala Dipijak” – Dihantar Untuk ‘Rawat’ Gangguan, Rupanya Didera Ala Militan Oleh Madrasah

Seorang lelaki mendakwa adiknya telah menjadi mangsa dera oleh sebuah madrasah yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam selepas keluarga menghantarnya atas tujuan untuk berubat.

Menerusi perkongsian Hafiz, adik lelakinya mengalami gangguan dan keluarga telah menghantarnya ke Madrasah Darussolihin untuk dirawat.

Advertisement

Jelasnya, keluarga diberi syarat oleh pihak madrasah iaitu tidak dibenarkan melawat adiknya dalam tempoh 4 bulan pertama.

Namun, bapa saudara Hafiz mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan agar dapat mendekatkan diri dengan madrasah dan pada masa yang sama melawat adiknya.

 

Terkejut adik kurus, hitam rentung

Mereka yang pada asalnya tidak mengesyaki apa-apa terkejut selepas melihat keadaan adiknya itu pada hari jadinya.

Ketika itu, mereka telah ke madrasah untuk menghantar kek dan makanan kepada semua penghuni di sana ndan waktu itulah keluarga nampak keadaan adiknya yang kurus dan kulitnya lebih gelap daripada baisa.

Kami amat terkejut melihat keadaan adik yg kurus susut badan dan hitam rentung, seperti kena jemur tengah panas terik.”

 

Madrasah tak benar adik dikeluarkan, tuntut pampasan

Jelas Hafiz lagi, ketika keluarga membuat keputusan untuk keluarkan adiknya dari situ, pihak madrasah tidak mengizinkan dan meminta pampasan sebanyak RM11,970 kerana dikatakan melanggar perjanjian.

Apabila keluarga mahu membawa adiknya ke balai polis, pihak madrasah menghalang dan berkeras sehingga menyebabkan pergelutan di tempat kejadian.

Malah, menurutnya abangnya juga turut ditumbuk dan pihak madrasah didakwa telah menutup pintu keluar dan menghalangnya dengan kenderaan pacuan empat roda Hilux.

 

Polis berjaya tahan, pergi ke balai

Selepas berlaku pergelutan dan keadaan menjadi kacau bilau, pihak madrasah telah membawa adiknya ke dalam kereta mereka untuk ke balai polis.

Namun ketika di dalam perjalanan, pihak polis berjaya menahan mereka kerana membawa lari adik Hafiz.

Mereka semua kemudian ke IPD Shah Alam dan selepas laporan dibuat serta keterangan diambil, polis membenarkan adiknya pulang bersama keluarga.

Selepas pulang, adiknya akhirnya membuka mulut dan menceritakan pengalamannya dibuli dan didera sepanjang berada di madrasah tersebut.

Difahamkan, madrasah tersebut bukanlah seperti yang biasa sebaliknya ia adalah tempat pemulihan bagi penagih dadah dan kebanyak ibu bapa menghantar anak mereka untuk memulihkan akhlak.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed, pihaknya telah menerima laporan pada bulan lepas dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, Pertubuhan Kebajikan Darussolihin menafikan bahawa madrasah Darussolihin yang juga merupakan badan bukan kerajaan (NGO) melakukan penderaan ala militan kepada penghuninya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kes buli mrsm kuantan
4 bulan lalu

"FB Mak Dia Pun Dah Lesap" - Kes Buli Di MRSM Kuantan, Mangsa Didakwa Didera Keluarga Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 25, 2022 at 6:00 pm

    bodolaaaa.. geram nya aku baca

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...