“FB Mak Dia Pun Dah Lesap” – Kes Buli Di MRSM Kuantan, Mangsa Didakwa Didera Keluarga Sendiri

Kehidupan

“FB Mak Dia Pun Dah Lesap” – Kes Buli Di MRSM Kuantan, Mangsa Didakwa Didera Keluarga Sendiri

Tular di media sosial dalam minggu lalu apabila seorang wanita telah menulis panjang lebar mengenai kisah anak perempuannya yang didakwa telah dibuli oleh pelajar lain di sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di Kuantan, Pahang.

Kronologi kes berserta gambar-gambar bukti telah dimuat naik oleh wanita itu sekaligus menjadikan ia tular seketika di media sosial setelah digesa agar tindakan sepatutnya dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab.

Advertisement
kes buli mrsm kuantanSumber : Facebook  

Namun, kes tersebut telah diklasifikasikan tidak mempunyai sebarang elemen gengsterisme seperti dilaporkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Malah, hantaran asal yang dimuat naik si ibu kepada pelajar perempuan berusia 14 tahun turut dipadam daripada Facebook dan akaun milik wanita itu juga sudah tidak wujud kemudiannya.

Dan baru-baru ini, tular di media sosial Twitter apabila ciapan seorang individu mendakwa pelajar yang katanya dibuli itu sebenarnya pelaku sebenar di sebalik kekecohan tersebut.

mrsm kuantan buli

“Mangsa adalah pemangsa” tulis individu itu. Warga maya juga dilihat meluahkan rasa kecewa apabila pelajar perempuan itu sebenarnya telah didera oleh ahli keluarganya sendiri dan dipaksa untuk mengikut kehendak ibu bapa untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.

Manakala hasil carian di Facebook, kertas ditulis mengenai kisah dirinya didera itu sebenarnya didedahkan oleh salah seorang waris pelajar di sekolah itu namun disembunyikan oleh ibu bapa mangsa.

kes buli mrsm kuantan

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sedih dan berharap agar pelajar yang teraniaya itu diberikan pertolongan dengan segera.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Lokasi Pilihan Semasa S*ks" - Gadis Trauma Disuruh Pensyarah Jawab Kaji Selidik Berbaur Lucah

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...