Sedia maklum, pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2013 dan tahun ini, perkahwinan sudah memasuki tahun ke-9 mereka bersama.
Boleh dikatakan setiap kali menyambut ulang tahun perkahwinan, Che Ta dan suami akan mengadakan ‘photoshoot’ seperti pengantin baru dengan memakai busana pengantin.
Ulang tahun perkahwinan ke-9 ini juga pelakon tersebut melakukan ‘tradisi’ tersebut dan difahamkan baju pengantin putih kali ini berharga RM80,000.
View this post on Instagram
Bercerita sedikit mengenai perkahwinannya, Che Ta sangat bersyukur dikurniakan suami seperti Zain kerana tidak pernah sekali memaksanya untuk memasak serta beri kebebasan untuk dia melakukan apa saja.
Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat? Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ni particular tentang agama.
Dalam pada masa yang sama, pelakon jelita tersebut mengingatkan untuk para wanita yang sudah bercerai untuk tidak berputus asa mencari pengganti.
Sekadar info, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana, 8 tahun.