“Mak Aii Kek Ikut Umur!” – Che Ta Sambut ‘Birthday’ Aaisyah Besar-Besaran, 8 Tahun 8 Biji Kek

Hiburan

“Mak Aii Kek Ikut Umur!” – Che Ta Sambut ‘Birthday’ Aaisyah Besar-Besaran, 8 Tahun 8 Biji Kek

Anak kepada selebriti jelita, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana kali ini mencuri perhatian ramai apabila sambutan hari kelahirannya yang kelapan disambut besar-besaran dan meriah.

Melalui perkongsiaan foto di Instagram, Rozita Che Wan atau mesra dikenali sebagai Che Ta ada memuat naik gambar ketika sambutan hari lahir anak gadisnya itu bagi tatapan umum.

Advertisement

Hal yang membuatkan sambutan itu menjadi perhatian apabila Che Ta memberitahu kerana Aaisyah sudah berumur 8 tahun, maka kek yang disediakan pun mempunyai 8 biji.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Pelbagai kek telah disediakan, antara yang dapat dilihat dalam gambar itu adalah kes hiasan bunga ros, kek dua tingkat, kes dihias dengan rantai mutiara, kes hiasan mahkota dan banyak lagi.

Bukan itu saja, majlis tersebut difahamkan disambut di sebuah resort sekitar ibu negara.

komen netizen

Menjengah di ruangan komen, bukan saja netizen terkejut dengan kek yang disediakan itu, malah rakan selebriti juga luahkan rasa teruja mereka melihat sambutan hari jadi Aaisyah itu.

Tidak lupa juga, mereka turut meninggalkan ucapan selamat hari lahir buat puteri Che Ta serta Zain Saidin dan mendoakan kebahagian buat mereka.

2 years ago

"Jaga Tepi Kain Sendiri" - Rozita Che Wan Bahasakan Netizen Tak Puas Hati Tengok Aaisyah Bersolek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...