Anak gadis kepada pelakon yang popular sekitar 90-an, Zainol MacWilson iaitu Zahirah baru-baru ini dikatakan telah keluar bersama pelakon sado Zul Ariffin. Gambar mereka berjalan bersama tersebar di Internet dan menimbulkan spekulasi keduanya sedang bercinta.
Ramai tertanya-tanya status sebenar pasangan ini dan tidak kurang yang menyokong mereka berdua bercinta. Ada juga yang membuat spekulasi bahawa hubungan Zul dengan penerbit filem dan drama Gayatri Sulin Pillai telah terkandas di tengah jalan.
Bagaimanapun hari ini melalui mStar Online, Zahirah yang berusia 20 tahun memberitahu dia dan Zul hanya kawan biasa setelah sama-sama terlibat dalam drama Mr London Ms Langkawi sebelum ini.
Saya sebenarnya tidak mengetahui mengenai perkara ini sehingga ada meminta komen saya dan sudah tentu saya terkejut.
Ini kerana saya dan Zul hanya rakan biasa dan kami berjumpa pun secara kebetulan selain tidak berbual panjang pun ketika berjumpa tempoh hari.
Zahirah memberitahu dia terserempak dengan Zul yang baru keluar dari pusat kecergasan di pusat beli belah One Utama ketika sedang bersiar-siar.
Saya tidak tahu apa niat individu tersebut mengambil gambar curi kami dan menyebarkannya tetapi hubungan kami memang sekadar kawan biasa sahaja.
Zahirah turut mendedahkan akaun Instagram miliknya telah digodam pada pagi Sabtu namun dia tidak dapat memastikan sama ada ia berkaitan dengan gosip yang diperkatakan tentangnya pada hari sama.
Saya sebenarnya tertekan dan sedih Instagram saya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tidak tahu adakah ia berkaitan dengan gosip itu atau sebaliknya.
Bagaimanapun saya fikir positif sahaja dan menganggap ia lumrah biasa sebagai seorang artis.
Biasalah tu. Zahirah sedang popular dengan drama Akasia di TV3, Mencintaimu, manakala Zul pula antara pelakon popular yang sering menjadi sebutan. Bila nampak mereka berjalan bersama ia dilihat berpotensi sebagai bahan gosipan yang hangat maka ada yang mengambil gambar.
Kemudian disebabkan kemudahan Internet tersedia mudah saja ia tersebar. Mujur Zahirah menyedari yang ia asam garam dalam dunia artis.
Zahirah khabarnya sedang melangsungkan penggambaran drama terbaru berjudul Cik Cinderella dan Encik Tengku dengan Shukri Yahya pula. Diharap segalanya berjalan lancar buat Zahirah.
Panggung Seni Tradisional 2015 meneruskan langkahnya lagi, kali ini menampilkan kelainan dengan persembahan Opera Cina "…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 27 September 2015