September 24th, 2010

zahida rafik kahwin menteri

Nampaknya entri gosip Zahida Rafik kahwini menteri di London kami telah pun mendapat maklum balas daripada Zahida Rafik sendiri. Maafkan kami kerana mengikut kata-kata Zahida, ianya adalah tidak benar. Nampaknya sumber yang menghantar cerita tersebut kepada kami tak boleh dipercayai sangat.

[note]Saya tak kahwin pun dan masih tinggal dengan ibu bapa saya. Saya juga masih single and available. Saya memang tahu tentang penyebaran gosip itu di Internet tetapi saya hanya diamkan sahaja kerana bimbang nanti orang ingat saya sengaja hendak menggembar-gemburkan cerita itu. Pada hal gosip itu langsung tak betul. Saya nak tahu daripada mana sumber tersebut mendapat gosip itu kerana ia menyusahkan saya. Selepas ia tersebar, ramai kawan yang mengucapkan tahniah [/note]

Kepada Zahida Rafik, kami ingin memohon maaf atas kesilapan kami. Kami doakan agar anda cepat bertemu jodoh. Tak kiralah dengan menteri ke, datuk ke, VVIP ke ataupun dengan orang biasa. Harap anda maafkan kami ye.

P.S: Video kahwin anak SM Nasimuddin nie memang super grand gile.


Comments are closed.

Loading...