January 13th, 2013

Pastinya keputusan yang boleh dianggap sebagai hadiah tahun baru buat Zack New Boyz dan keluarganya. Untuk anda yang tidak tahu, Zack didakwa mengedar 1.321 kilogram ganja di sebuah kondominium di Damansara 3 tahun yang lalu.

zack new boyz

Zack New Boyz yang telah ditahan reman selama 3 tahun di Penjara Sungai Buloh didapati tidak bersalah oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir. Ini adalah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Kata hakim tersebut:-

Walaupun dikatakan tertuduh yang buang (dadah) tetapi ia hanya menunjukkan pengetahuan bukan pemilikan (ke atas dadah). Justeru saya berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan

Semoga berita gembira ini akan membersihkan nama Zack New Boyz dan sekaligus memberikan sinar baru di dalam hidupnya. Yang penting, Zack dapat pulang ke pangkuan 2 orang anaknya. Apa pun moga-moga tahun 2013 ini akan membawakan lebih berita baik buat Zack.


Comments are closed.

Loading...