Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yusry KRU Dan Lisa Surihani Enggan Dedahkan Jantina Anak

Setelah Lisa Surihani mengumumkan beliau sedang hamil sekitar Januari lalu, ramai peminat yang sudah tidak sabar untuk menantikan detik kelahiran cahaya mata beliau bersama  suami Yusry KRU. Malah ada yang  membuat spekulasi bahawa Lisa sedang mengandungkan bayi kembar.

Dalam kenyataan kepada majalah Media Hiburan baru-baru ini, Yusry memberitahu isterinya itu sudah hamil enam bulan dan dijangkakan bersalin pada bulan September depan. Walaubagaimanapun, kedua-dua mereka telah membuat keputusan untuk tidak mendedahkan jantina anak mereka.

Advertisement

InsyaAllah dijangka bersalin pada bulan September.

Kami berharap agar Lisa Surihani dan bayi didalam kandungan beliau berada dalam keadaan sihat dan semoga segala proses ketika bersalin nanti berjalan dengan lancar. Tentu sekali bayi tersebut akan lebih mendapat perhatian ramai selepas dilahirkan nanti.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama