Yuna Rahim Akui Memilih Watak, Tak Mahu Popular Disebabkan Kontroversi Murahan

Hiburan

Yuna Rahim Akui Memilih Watak, Tak Mahu Popular Disebabkan Kontroversi Murahan

Pelakon Yuna Rahim yang namanya kini semakin meningkat naik mengakui watak heroin yang digalasnya dalam drama terbaru berjudul Diari Seorang Suami agak berat kerana memerlukan pelbagai emosi untuk dihidupkan.

Membawa karakter remaja yang berkahwin pada usia muda, dia turut bergandingan bersama pelakon lain seperti Afieq Shazwan dan Keith Foo dalam drama tersebut.

Advertisement

Ujar pemilik nama penuh Shafiqah Husna Abd Rahim itu lagi, dia mengakui dirinya agak memilih apabila ditawarkan sebarang  karakter untuk dibawa dalam sesuatu naskah drama.

Ya, saya mengaku agak memilih untuk menjayakan mana-mana karakter sebab tak mahu jalan cerita yang sama sahaja. Nanti bila lihat semula perjalanan seni sebagai pelakon, nampaklah ada kepelbagaian.

Dalam pada itu, pelakon drama Angkara Cinta ini juga mendedahkan bahawa dia tidak gemar mencetuskan kontroversi atau gimik murahan hanya untuk mencipta populariti dan untuk meraih perhatian orang.

Secara peribadi, rasanya saya tidak memerlukan kontroversi, gimik murahan untuk menaikkan nama. Cukuplah orang kenal siapa Yuna Rahim dan bakat yang ada.

Jelasnya lagi, dia hanya ingin menjadi diri sendiri kerana tidak perlu mengejar populariti dengan cara sebegitu kerana ia akan memudaratkan diri pada akhirnya.

Sepahtu reunion
3 years ago

Shuib Muncul Dalam Episod Terakhir Sepahtu Reunion, Mengundang Rasa Sebak Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...