Shuib Muncul Dalam Episod Terakhir Sepahtu Reunion, Mengundang Rasa Sebak Netizen

Hiburan

Shuib Muncul Dalam Episod Terakhir Sepahtu Reunion, Mengundang Rasa Sebak Netizen

Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa malam semalam merupakan episod terakhir program lawak Sepahtu Reunion 2021 untuk musim ini.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah kemunculan pelawak dan usahawan Shuib dalam program tersebut untuk kesekian kalinya telah berjaya mengundang perasaan sebak dalam kalangan penonton, malah buat ahli Sepahtu itu sendiri.

Advertisement

Menampilkan tajuk ‘Mencari Sepahtu Yang Hilang’ malam tadi, sedutan babak kemunculan Shuib turut dirakam penonton dan ia kemudiannya menjadi tular di media sosial.

Rata-rata peminat turut mengharapkan agar suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah itu kembali menyertai program lawak popular tersebut kelak.

Difahamkan, ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep, Pak Ya dan Rahim juga tidak mengetahui akan kemunculan Shuib dalam program itu malam tadi.

Selain Shuib, selebriti lain yang turut diundang menjadi ‘cameo’ dalam episod terakhir itu adalah penyanyi Wany Hasrita, Khai Bahar dan juga pelawak Ebby Yus.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tidak dapat menahan sebak dan sedih sehingga ada yang mengeluarkan air mata melihat kemunculan Shuib bersama rakan-rakan seperjuangannya itu.

Terdahulu, sekitar bulan Januari lalu, Shuib mengumumkan bahawa dia telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni kerana ingin berehat dan menumpukan sepenuh perhatian dalam perniagaan yang diusahakannya kini.

Majlis tahnik dan cukur jambul Ayash Affan
3 years ago

"Tak Kisah Orang Kata Saya Belum 'Move On'.." Shuib Masih Tunggu Arwah Isteri Datang Dalam Mimpi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...