Written by AbangNara | December 19th, 2014

Akhirnya teka-teki siapa yang bakal menggantikan tempat Yuna menyanyikan lagu ‘Lelaki’ di AJL29 sudah terjawab. Sebelum ini antara nama-nama yang disebut ialah Fynn Jamal, Najwa Latif dan juga Elizabeth Tan. Sidang media untuk pengesahan bakal diadakan pada hari Ahad kelak, tetapi menurut portal Murai, Najwa Mahiaddin telah dipilih sendiri oleh Yuna untuk menyanyikan lagu Lelaki.

yuna lelaki

Perkara ini telah disahkan oleh publicist Najwa Mahiaddin iaitu JoePRCINternational selepas pengumuman mengenai berita ini dikeluarkan di radio HotFM. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tetapi Najwa Mahiaddin mempunyai suara yang agak unik dan mereka berdua pernah bergabung menjayakan sebuah konsert. Baru-baru ini Najwa telah pun bertunang dengan Idris Koh, pemuzik yang sering mengiringnya.

najwa mahiaddin

Apa pendapat anda? Adakah Najwa Mahiaddin pilihan yang tepat untuk menyanyikan lagu ini? Adakah Najwa mampu memberikan persembahan sehebat Yuna? Atau mungkin anda ada pilihan yang lebih hebat? Kongsikan di ruangan komen.
kursuP.S: Olives Academy adalah pusat latihan Aviation dan Hospitality. Kami ada menyediakan latihan yang berkaitan dengan penerbangan dan hospitality. Kami juga ada menyediakan tempat praktikal kepada pelajar-pelajar kami. Subjek tertaluk kepada syarat-syarat. Senang cerita banyak benda menarik yang boleh dipelajari dengan kami. Telefon 014-8392021 atau 03-7887 7021 untuk maklumat lanjut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.