Kesengsaraan yang dirasai rakyat Malaysia khususnya di sekitar kawasan Lembang Klang akibat banjir buruk turut dizahirkan penyanyi nun jauh di Amerika Syarikat, Yuna.
Menurut Yuna, dia sepertinya berasa tidak berdaya dan pada masa yang sama sangat marah dengan situasi yang ditanggung mangsa-mangsa banjir di Malaysia kini.
Rasa tidak berdaya dan marah apabila ramai mangsa banjir terpaksa menunggu berjam lamanya sebelum bantuan sampai.
Tambah Yuna, Malaysia tidak mempunyai persediaan untuk menghadapi banjir setiap tahun dan bencana banjir di Malaysia ini semakin teruk tahun demi tahun.
Perkara tersebut dikongsikan Yuna menerusi sebuah hantaran Instastory di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.
Bukan itu sahaja, Yuna turut mempersoalkan mengapa para pemerintah tidak mengambil serius masalah perubahan iklim di Malaysia.
Dalam pada itu, Yuna turut menitipkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bertindak menyelamatkan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing di kawasan banjir.
Sekadar info, Yuna sebelum ini pernah melahirkan kerisauan dengan situasi banjir yang melanda kawasan Lembah Klang terutama satu kawasan perumahan iaitu di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.